Archive for 11 Disember 2009


CITA-CITA

Daripada Abdullah bin Abbas RA, daripada Rasulullah SAW yang meriwayatkan hadis ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa Ta’ala, katanya :

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu.

Maka barangsiapa yang bercita kepada kebaikan, kemudian ia tidak mengerjakannya – Allah akan mencatat disisiNya satu kebaikan yang sempurna.

Dan jika ia melaksanakan, nescaya Allah akan mencatat di sisiNya sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya.

Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, Allah akan mencatat di sisiNya satu kebaikan yang sempurna.

Jika ia meneruskan cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, Allah akan mencatat baginya satu kejahatan sahaja”.  (HR Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih keduanya).

***

Ada baiknya sempena hujung tahun dan awal tahun ini kita memasang cita-cita dan azam yang baik, seterusnya berusaha pula untuk mencapainya.

Cita-cita yang baik, kemudian tidak kesampaian, pahalanya sudah tentu di sisi Allah SWT. Bercita-cita itu lebih baik daripada berdiam diri tanpa cita-cita.

Lorong ini selain menjadi laluan sebilangan penduduk, juga dipercayai menjadi laluan aktif para penagih dadah di kawasan ini.

Ada di kalangan mereka yang membawa botol dan tin arak, juga laluan untuk membawa lari barang curian mereka seperti besi-besi buruk dan apa saja barang yang sempat dicuri.

Lorong ini memang sempit dan biasanya jarang dilalui pada waktu malam. Tetapi bagi golongan berkepentingan, inilah laluannya.

%d bloggers like this: