Malam ini ada kenduri kesyukuran di rumah jiran kami.

Mahmud Yunus dan isterinya Suriani buat pertama kalinya mengadakan kenduri setelah 2 hero mereka selamat berkhatan 2 minggu lalu di Masjid Negeri.

Mereka merancang membuat pelaminan untuk anak mereka bersama 2 lagi saudara mereka yang kenduri bersama-sama.

Dua kaki sapi beserta isinya akan menjadi santapan untuk tetamu yang hadir malam ini. 

 Mahmud berharap benar saya dapat hadir untuk majlis mereka. Malangnya saya tidak dapat memenuhi undangan itu kerana saat ini saya berada di luar negara.