Buku yang sudah dibaca :

“Tidakkah kamu  melihat Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada pula yang hitam pekat”.  (Fathir : 27)

1) Mc Donald berwarna merah dan kuning.  KFC berwarna merah dan putih.

2) Maybank berwarna kuning dan hitam. Public Bank, Ambank dan CIMB Bank menggunakan warna merah sebagai warna tema mereka. Bank Islam juga menggunakan imej dan warna merah pada logo barunya.

3) Syarikat penerbangan Air Asia memaksimumkan penggunaan warna merah dalam penampilan mereka. Logo syarikat, laman web, iklan-iklan, tema-tema iklan, uniform  kakitangan di pejabat, pakaian pramugari dan pramugara yang bertugas, pegawai kaunter tiket, barangan cenderahati, kereta dan jentera mekanikal di lapangan terbang semuanya bertemakan merah.

4) Warna utama dalam bidang kesihatan ialah putih. Pakaian rasmi para doktor dan jururawat adalah daripada warna lembut seperti biru muda ataupun merah jambu.

5) Bidang perundangan dan kehakiman adalah mereka yang serius dan tegas. Warna sinonim mereka ialah hitam. Para imam dan guru silat juga berpakaian hitam.

6) Persamaan pasukan Manchester United, Arsenal dan Liverpool ialah warna merah pada jerseynya.

7) Warna kuning dikaitkan dengan warna diraja. Warna jingga dikaitkan dengan ritual agama Buddha, merah dengan perayaan bangsa Cina, putih dengan ritual sembahyang agama Hindu, hitam ataupun putih dengan agama Kristian, hijau ataupun putih bagi  orang Islam.

Adakah warna mempunyai mesej dan maksud tertentu? Bacalah buku ini, ada jawapan di dalamnya.

Penulis : Mir Hazil Azran Ramli

Penerbit : PTS

Harga : Semenanjung Malaysia RM19.50 / Sabah Sarawak RM21.50 

Dapatkan di Pustaka Aslam :

Catatan dari Masjid Nurul Ihsan, Kg Lok Kawi Baru Putatan