Archive for 27 November 2009


Sumber : ‘Buku Ibadat Korban Hukum & Cara Pengendaliannya’ terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

1) Binatang yang buta atau rosak matanya, atau yang tidak dapat melihat sekalipun biji matanya masih ada. Jika matanya itu ada sedikit kecacatan seperti sedikit rabun tetapi ia masih boleh melihat, maka ia sah dijadikan korban.

2) Binatang yang jelas tempang kakinya yang mana jika ia berjalan bersama-sama sekumpulan kawan-kawan binatang yang lain di padang untuk mencari makan, ia tidak dapat ikut berjalan bersama dengan binatang-binatang itu, bahkan ia tertinggal jauh di belakang.

Jika tempangnya itu sedikit iaitu tempang yang tidak menghalang daripada mengikuti kawan-kawannya, maka ia sah dibuat korban.

3) Binatang yang nyata sakitnya sehingga menyebabkannya menjadi kurus dan kurang dagingnya. Tetapi jika sakitnya itu sedikit dan tidak mengurangi dagingnya maka ia sah dibuat korban.

4) Binatang yang kurus sama ada kerana sakit, gila atau kurang makan dan sebagainya.

5) Binatang yang telinganya terpotong walaupun sedikit atau yang tidak bertelinga semulajadi kerana telah hilang sebahagian anggota yang boleh dimakan dan mengurangkan dagingnya.

Tetapi tidak mengapa jika telinganya itu koyak atau berlubang dengan syarat tidak gugur daripada dagingnya walaupun sedikit.

6) Binatang yang terpotong ekornya walaupun sedikit. Adapun yang dilahirkan tanpa berekor semulajadi adalah sah dibuat korban. Tidak memadai yang terpotong sebahagian lidahnya atau yang terpotong suatu yang nyata daripada pahanya.

7) Binatang yang gugur semua giginya sehingga menghalangnya makan rumput. Adapun yang tanggal sebahagian giginya dan tidak menghalangnya makan rumput dan tidak mengurangkan dagingnya (tidak kurus) ia boleh dibuat korban.

8) Binatang yang berpenyakit gila atau yang kena penyakit kurap sekalipun sedikit.

9) Binatang yang bunting kerana bunting itu mengurangkan dagingnya. (Al-Majmu’ : 8/373-376 dan Mughni al-Muhtaj : 4/360). Bagi binatang yang baru beranak boleh dibuat korban berdasarkan pendapat Ibnu Hajar dalam at-Tuhfah dan ar-Ramli dalam an-Nihayah.

Ini cerita saja.

Petang semalam sebenarnya kereta saya sedikit bermasalah. Memang hajat asal hendak ke bengkel kereta, tetapi belum sampai ke destinasi, petunjuk di kereta sudah mengarah panas ke 100 darjah.

Bukan itu hendak saya ceritakan.

Kebetulan mekanik datang – yang memang rakan saya percayai – saya meninggalkannya sekejap untuk menunaikan solat asar di masjid berhampiran.

Di masjid, saya memerhatikan ada seorang wanita berpakaian jersey dan track suit masuk ke masjid. Dia menuju ke arah sekelompok kanak-kanak dan sedikit remaja lelaki berjubah dan berserban yang berada di sana.

Pemerhatian saya dari jauh, kumpulan remaja itu kemudiannya membacakan tahlil. Mungkin itu niat dan permintaan perempuan berkenaan. Perempuan itu sendiri duduk diam-diam dalam bersama dalam kelompok berkenaan.

Habis doa, perempuan itu menyerahkan sedikit hadiah sebelum bersalaman dengan kesemuanya dan kemudian beredar pulang. Tersenyum saya melihat antara yang disedekahkan ialah sekotak rokok lengkap dengan mancisnya.

Yang lain, sekotak soya, sebungkus buah limau sunkist dan satu set pakaian baby. Apa pendapat anda?

%d bloggers like this: