Archive for 25 November 2009


BILA MULA TAKBIR RAYA ADHA?

Pertama :

“Disunnatkan bertakbir (bagi jemaah haji dan bukan jemaah haji) pada hari raya haji setiap kali selepas berbagai-bagai jenis sembahyang bermula daripada subuh hari Arafah sehingga  selepas Asar hari 13 Zulhijjah”.

Dalilinya ialah kerana mengikut perbuatan Rasulullah SAW dan apa yang dilakukan oleh para sahabat RA. Daripada Ali dan Ammar RA :

“Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah; selepas sembahyang Subuh dan menghentikannya selepas sembahyang Asar di akhir hari-hari Tasyrik”. (Riwayat al-Hakim (1/299) dan beliau berkata, sanad hadis ini adalah sahih dan aku tidak mengetahui terdapat kecacatan pada rawinya).

Sumber : Terjemahan al-Fiqhul Manhaji (Kitab Fikah Mazhab Syafie) Bab Sembahyang Dua Hari Raya (Eid)

Kedua :

“Sunnah membaca takbir, setiap selesai shalat – sekalipun shalat janazah – sejak shalat Subuh 9 Dzulhijjah hingga shalat Asar 13 Zulhijjah. Juga pada 10 Zulhijjah ketika melihat binatang ternak atau mendengar suaranya”

Sumber : Terjemahan Kitab Fathul Mu’in.

Wallahu a’lam.

Esok khamis bersamaan 9 Zulhijjah, kita pakat-pakat puasa sunat hari afarah. Para jamaah haji pada tarikh ini akan melaksanakan ibadah wuquf.

Sabda Nabi SAW : “Puasa pada hari arafah dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (HR Muslim)

Puasa sunnat hari Arafah hanya disunnatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan haji kerana ada dalil Nabi SAW menegahnya.

Hari raya idul fitri didahului dengan puasa sebulan Ramadhan. Begitu juga hari raya qurban didahului dengan berpuasa juga.

Boleh juga diniatkan sekali dengan puasa sunat khamis serentak. Sebarkan kepada rakan-rakan.

%d bloggers like this: