Archive for 18 November 2009


KENDURI PUSTAKA ASLAM

Malam minggu lalu diadakan kenduri kesyukuran sempena pembukaan Pustaka Aslam di Taman Kingfisher Likas. Ramai rakan-rakan hadir, khususnya yang tinggal sekitar Kota Kinabalu dan Sepanggar.

Kedudukan premis di taman berkenaan begitu strategik. Berdekatan dengan UMS, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan (KPKP) Sabah, Menara Tun Mustapha dan sebagainya.

Jelas yang hadir malam itu, kebanyakannya peminat buku. Semoga Pustaka Aslam terus melangkah maju memartabatkan ilmu, memburu kejayaan.

“Para pendidik serta ibu bapa hendaklah menitikberatkan pendidikan agama secara praktikal, bukan semata-mata berteraskan teori sahaja”.

“Berdasarkan sirah Nabawi, baginda SAW telah menunjukkan satu contoh dan teladan mulia yang wajar dijadikan ikutan umat Islam sepanjang zaman”.

Demikian antara intipati ucapan Ust Sabudin Dolah, Penyelia bagi Unit Sekolah Agama Rakyat (SAR), Jabatan Pelajaran Sabah ketika merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Pusat Pendidikan Islam (PPI) an-Nur kali ke-2 di Bangunan Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) ahad lalu.

Ust Zulhazmi Osman, selaku Mudir dalam ucapannya sebelum itu pula menjelaskan bahawa PPI an-Nur adalah sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sejak 5 tahun lalu.

Sehingga kini, PPI an-Nur beroperasi di dua lokasi iaitu di Taman Austral Kepayan dan di Taman Limauan Kinarut dengan jumlah keseluruhan pelajar sekitar 100 orang.

Katanya, pihak sekolah juga mula membuka pendaftaran untuk kemasukan darjah satu bagi sesi tahun 2010 akan datang.

Majlis berkenaan diadakan bagi menghargai para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran di sekolah tersebut. Seramai 25 pelajar menerima anugerah kecemerlangan dan 7 pelajar darjah 6 menerima sijil tamat sekolah.

Dalam majlis berkenaan juga, para pelajar menunjukkan bakat bernasyid, pidato dan syair bahasa Arab di hadapan kira-kira 100 ibu bapa yang hadir.

%d bloggers like this: