Archive for 11 November 2009


PUSTAKA ASLAM MULA BEROPERASI

Pustaka Aslam 1

Dengan moto ‘Memartabatkan Ilmu, Memburu Kejayaan’, Pustaka Aslam semalam memulakan operasinya secara rasmi.

Terletak berhadapan dengan Pasaraya GIANT Taman Kingfisher Likas, sekumpulan usahawan muslim bertekad untuk membantu mengembangkan dakwah Islam melalui penjualan buku-buku dan majalah berasaskan Islam.

Setakat ini lebih 2000 judul buku sudah tersedia di premis berkenaan. Antara penerbit buku yang mendapat tempat di Pustaka Aslam ialah PTS Publication, ar-Risalah, Galeri Ilmu, Telaga Biru dan Hijjaz RP.

Antara kelainan di premis ini ialah, buku-buku dipamerkan mengikut penerbitnya dan bukan berdasarkan subjek / bidang.

Beberapa strategi telah dan sedang disusun untuk memperkenal dan seterusnya memantapkan kedudukan Pustaka Aslam di mata masyarakat. Maklumat ini akan didedah dan disampaikan kepada umum pada masa yang sesuai nanti.

Malam selasa lalu, satu majlis solat hajat dan sesi percambahan minda diadakan secara ringkas. Rakan-rakan yang hadir memberikan komentar, pandangan, reaksi dan input untuk memajukan lagi premis ini.

Insya Allah, blog ini secara rasminya menyokong penubuhan Pustaka Aslam dan akan mewar-warkan sebarang aktiviti yang akan dijalankan.

Jemput datang!

Ground Floor, Shop No.4-0, Blog G, Lorong Plaza Kingfisher 6, Plaza Kingfisher, 88450 Kota Kinabalu.

Hubungi : 013-8863807 (Abu Aslam) / 013-8303807 (Asri)

Pustaka Aslam 2

Pustaka Aslam 3

Pustaka Aslam 4

Pustaka Aslam 5

Pustaka Aslam 6

Pustaka Aslam 7

Pustaka Aslam 8

Pustaka Aslam 9

PUM Sabah bersama YDP PUM Pusat

Malam minggu, selepas ceramah khas YDP PUM Dato’ Sheikh Hj Abd Halim Abd Kadir di Masjid Negeri Sabah ada pertemuan khas PUM Sabah dengan beliau.

Pertemuan itu lebih kepada bertukar-tukar pandangan bersama YDP dan Bendahari PUM Pusat yang turun ke Sabah.

YDP juga berharap usaha-usaha untuk menarik minat umat Islam di Sabah terhadap PUM khususnya sebagai penggerak dan pendukung di peringkat negeri. Usaha untuk meruntuhkan kegerunan orang terhadap PUM juga perlu digiatkan.

Alhamdulillah, YDP mengucapkan tahniah kepada urusetia program Nadwah Pewaris Nabi, yang pada pengamatan beliau, amat berjaya. Dalam masa yang sama, beliau menyarankan program berkenaan dikembangkan ke daerah-daerah.

Ketika pertemuan ini diadakan, saya teringat dengan Ust Bungsu Aziz Jaafar (timbalan pengerusi) dan Md Pozi Awang (bendahari) yang tiada bersama kerana menunaikan fardhu haji.

%d bloggers like this: