Archive for 7 November 2009


MASJID SELAT MELAKA

Masjid Selat Melaka1

Kami menunaikan solat fardhu Jumaat di masjid ini semalam.

Masjidnya terletak di tepi laut, atau memang di atas laut yang ditambak, menghadap Laut Selat Melaka.

Dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ketika itu iaitu Tuanku Syed Sirajuddin Ibn Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 24 Nov 2006.

Pada perkiraan kasar saya, ruang dalam masjid ini boleh memuatkan lebih seribu orang jamaah pada satu-satu masa. Bagaimanapun, kehadiran semalam hanyalah sekitar 600-700 orang.

Masjid Selat Melaka2

Masjid Selat Melaka3

Masjid Selat Melaka4

Masjid Selat Melaka5

Masjid Selat Melaka6

Masjid Selat Melaka7

MPH Bookstore

Sibuk-sibuk menyemak al-Quran, saya mencuri masa berehat dengan meninjau Mahkota Parade yang terletak bersebelahan bangunan Hotel Mahkota, tempat kami bersidang.

Tujuh tahun lalu saya pernah ke sini bersama isteri yang baru dinikahi.

Tujuan hanya untuk merehatkan badan dan otak seketika, di Mahkota Parade saya baru mengetahui di sana ada premis MPH Bookstore.

Habislah juga beratus membeli buku yang lama diidam. Insya Allah akan diulas di dalam blog ini buku berkenaan satu persatu apabila tiba masanya.

Premisnya kelihatan segar dan cara buku dipamer juga memudahkan pelanggan mencari sendiri.

Ketika membayar harga buku-buku berkenaan, saya disapa oleh gadis juruwang : “Orang Sabah?”

“Ya”.

“Saya pun Sabah juga. Dari Penampang”

“Oh, sumandak Sabah rupanya”. Bisik hati saya. Jauh dia bekerja sehingga ke sini.

Hendak digambar, rupanya dilarang menggambar di dalam premis berkenaan.

%d bloggers like this: