Archive for 6 November 2009


Tarikh : 10 November 2009 (Selasa).

Masa : 7.30 pagi – 4.30 petang.

Tempat : Dewan Saadah, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Anjuran : Kementerian Dalam Negeri (KDN) & Kerajaan Negeri Sabah

Penceramah :

1) Ust Mohd Rani Osman (KDN)

Ahli-Ahli Lajnah Tashih al-Quran KDN :

2) Dato’ Ust Hj Sallehuddin Omar al-Hafiz

3) Shaikhul Maqari Ust Hj Othman Hamzah

4) Ust Hj Abd Rahim Md Zain al-Hafiz

Tajuk-Tajuk :

1) Akta Percetakan Teks al-Quran 1986

2) Sejarah al-Quran & Kelebihan Rasm Uthmani

3) Istilah Dhabt (Penandaan) Dalam al-Quran

4) Kaedah Penulisan Rasm Uthmani

Beca Mahkota Hotel

Ini kunjungan kali keempat ke negeri Hang Tuah ini.

Kali pertama pada 1993 bersama Ust Adam Hai dan Dzul Mahathir, ketika cuti sekolah. Ust Adam adalah guru al-Quran ketika di SMAI TPHR dan memang seorang yang suka melancong.

Dengannya saya sempat dibawa ke selatan tanahair dan terus ke Singapura, juga bersiar di sekitar ibu negara. Pengalaman manis itu saya kecapi ketika baru dalam tingkatan dua.

Kali kedua pada 2002, saya datang lagi ke Melaka beberapa hari selepas mendirikan rumahtangga pada oktober tahun berkenaan. Kebetulan keluarga isteri sudah beberapa bulan sebelum itu merancang hendak ke sana, kerana menziarahi keluarga ibu mertua di Alor Gajah.

Kali ketiga pada 2007 ketika mesyuarat lajnah ini di Puteri Air Keroh Resort. Kebetulan pula Melaka menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Kebangsaan. Resort tempat kami bermesyuarat turut menjadi tempat para hakim al-Quran menginap buat beberapa hari.

Kali ini kami bermesyuarat di Hotel Mahkota Melaka. Berhadapan dan bersebelahan dengan Mahkota Parade dan Mahkota Medical Centre.

Sehingga esok, lajnah ini akan bermesyuarat dan menyemak bahan baru. Semuanya ada 1154 juzu’ untuk disemak. Setelah dibahagi kepada 33 ahli yang hadir berbanding 35 keseluruhan ahli, setiap seorang menyemak 35-36 juzu’.

Ada 20 bahan al-Quran, 3 daripadanya digital dan 2 berbentuk CD. Bakinya adalah mashaf.

Berdasarkan praktikalnya, menyemak bahan mashaf lebih mudah dan pantas berbanding CD atau digital yang bahannya adalah terhad dan terpaksa bergilir-gilir antara ahli lajnah.

Bagi peribadi saya kali ini, saya terpaksa lebih pantas kerana hanya berada sehingga petang ini – balik sehari lebih awal – sebelum berangkat balik ke Kota Kinabalu malam ini juga.

Esok, ada program Nadwah Pewaris Nabi anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Sabah dengan kerjasama JHEAINS, JAKIM Sabah & USIA. Kasihan rakan-rakan bertungkus lumus bekerja sementara saya pula tiada di medan.

 

IMG_0806

Lajnah Tashih al-Quran KDN

Lajnah Tashih al-Quran KDN2

Lajnah Tashih al-Quran KDN3

Catatan : Hotel Mahkota Melaka.

%d bloggers like this: