IMG_0781

Dalam lajnah tashih al-Quran KDN yang saya anggotai, ada beberapa tokoh bergelar Dato’; ada beberapa orang bernama Hashim; dan ada pula yang bernama Din di hujungnya.

Kami ada Dato’ Sheikh Hj Mohd Noor Mansur (Perak), Dato’ Sallehuddin Omar (Pahang), Dato’ Shaari Abdullah (Johor), Dato’ Idris Talib (Melaka) dan Dato’ Hj Zulkifli Ali (Pahang).

Kami ada Ust Hj Shaharuddin Pangilun (Selangor), Ust Kamaruddin Komeng (Johor) Ust Hj Zaheruddin Mokhtar (N9), Ust Wan Alauddin (Kedah), Ust Nasharuddin Ngah (Pahang) dan Ust Khairuddin Mohammad (Kelantan).

Kami ada Ust Hj Mohammad Hashim (Melaka), Ust Hj Hashim Othman (Perlis) dan Ust Hj Ahmad Hj Hashim (Pulau Pinang).

Semasa mula-mula menyertai lajnah ini bahkan sehingga kini merasa kerdil dengan tokoh-tokoh hebat ini terutama yang bergelar dato itu kerana mereka sememangnya otai-otai dalam bidang ini.

Begitu juga mengingat ustaz-ustaz din yang ramai. Lebih mengelirukan ustaz yang ada nama ‘Hashim’, lebih kurang saja nama mereka.

Ust Hj Mohammad Hashim – Imam Besar Masjid Negeri Melaka kalau tidak salah saya baru berumur awal 40an.

Awal bulan oktober lepas, beliau dianugerahkan dengan bintang kebesaran negeri Melaka oleh TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob yang membawa gelaran Datuk.

Kini kedua-dua wakil lajnah dari negeri ini bergelar dato’. Dato’ Idris Talib orang lama yang kebetulan kini uzur, dan beliau tetap menggagahkan diri untuk hadir juga dalam mesyuarat ini biarpun sebentar.

Mungkin ini menjadi asbab Melaka menjadi tuan rumah mesyuarat kami kali ini. Menziarahi Dato’ Idris dan meraikan Dato’ Hj Mohammad Hashim.

Semoga Allah SWT memberi kesihatan kepada Dato’ Idris Talib dan memberikan kekuatan kepada Dato’ Hj Mohammad Hashim.

Catatan dari : Hotel Mahkota, Melaka.