Archive for 5 November 2009


DATO’, DIN & HASHIM

IMG_0781

Dalam lajnah tashih al-Quran KDN yang saya anggotai, ada beberapa tokoh bergelar Dato’; ada beberapa orang bernama Hashim; dan ada pula yang bernama Din di hujungnya.

Kami ada Dato’ Sheikh Hj Mohd Noor Mansur (Perak), Dato’ Sallehuddin Omar (Pahang), Dato’ Shaari Abdullah (Johor), Dato’ Idris Talib (Melaka) dan Dato’ Hj Zulkifli Ali (Pahang).

Kami ada Ust Hj Shaharuddin Pangilun (Selangor), Ust Kamaruddin Komeng (Johor) Ust Hj Zaheruddin Mokhtar (N9), Ust Wan Alauddin (Kedah), Ust Nasharuddin Ngah (Pahang) dan Ust Khairuddin Mohammad (Kelantan).

Kami ada Ust Hj Mohammad Hashim (Melaka), Ust Hj Hashim Othman (Perlis) dan Ust Hj Ahmad Hj Hashim (Pulau Pinang).

Semasa mula-mula menyertai lajnah ini bahkan sehingga kini merasa kerdil dengan tokoh-tokoh hebat ini terutama yang bergelar dato itu kerana mereka sememangnya otai-otai dalam bidang ini.

Begitu juga mengingat ustaz-ustaz din yang ramai. Lebih mengelirukan ustaz yang ada nama ‘Hashim’, lebih kurang saja nama mereka.

Ust Hj Mohammad Hashim – Imam Besar Masjid Negeri Melaka kalau tidak salah saya baru berumur awal 40an.

Awal bulan oktober lepas, beliau dianugerahkan dengan bintang kebesaran negeri Melaka oleh TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob yang membawa gelaran Datuk.

Kini kedua-dua wakil lajnah dari negeri ini bergelar dato’. Dato’ Idris Talib orang lama yang kebetulan kini uzur, dan beliau tetap menggagahkan diri untuk hadir juga dalam mesyuarat ini biarpun sebentar.

Mungkin ini menjadi asbab Melaka menjadi tuan rumah mesyuarat kami kali ini. Menziarahi Dato’ Idris dan meraikan Dato’ Hj Mohammad Hashim.

Semoga Allah SWT memberi kesihatan kepada Dato’ Idris Talib dan memberikan kekuatan kepada Dato’ Hj Mohammad Hashim.

Catatan dari : Hotel Mahkota, Melaka.

Penerbangan MAS di KKIA

Saya dan Ust Ibrahim Kisab (Imam Besar Masjid Negeri Sabah) bertolak ke KLIA pagi semalam untuk Mesyuarat Penyemakan dan Penilaian Teks al-Quran.

Bertolak jam 10 pagi dan tiba 2 jam 30 minit kemudian.

Di kawasan menunggu, beberapa sahabat ahli lajnah sudah menanti. Ust Abd Rahim dari Kota Bharu, Ust Ku Apwa dari Kuala Terengganu, Ust Ahmad Hashim & Ust Helmi dari Pulau Pinang dan Ust Nasarudin dari Kuantan.

Tidak lama, muncul Ust Syukri Sarkawi dan Ust Yusuf Hazmi dari Kuching Sarawak. Tapi nampaknya kami belum boleh bertolak ke Melaka. Menanti ketibaan penerbangan rakan-rakan lain yang dijangka tiba pada sebelah petang pula.

Sehingga jam 5, barulah kami bertolak apabila rakan-rakan dari Alor Star tiba. Sheikh Kadri Abd Hamid (Kedah), Ust Muridi Muhammad (Perlis) dan Ust Hashim Othman (Perlis) adalah yang terakhir.

Zahid & Co dari KDN Putrajaya membawa kami ke destinasi yang dituju. Hotel Mahkota, Melaka Bandaraya Bersejarah. Perhati gambar-gambar candid dalam tempoh hampir 5 jam menanti kehadiran semua.

IMG_0641

IMG_0646

IMG_0652

IMG_0659

IMG_0675

IMG_0687

Catatan dari Hotel Mahkota, Bandaraya Melaka.

 

%d bloggers like this: