Archive for 4 November 2009


KULIAH DPI UMS

IMG_0491

Ahad lalu saya menghabiskan silibus subjek tajwid dalam sesi terakhir Diploma Pengajian Islam di Pusat Penataran Ilmu & Bahasa (PPIB) UMS selama 4 jam. Jumlah kredit bagi subjek ini ialah 14 jam keseluruhan.

Sesi terakhir lebih kepada pembentangan tugasan yang telah diagihkan kepada kumpulan masing-masing.

Tugasan yang ditaklifkan kepada mereka ialah menemuramah beberapa orang hafiz al-Quran, tentang kaedah menghafaz al-Quran dan menjaganya, pengalaman pahit manis mereka dan seumpamanya.

Empat kumpulan telah melakukan temubual kepada individu yang ditetapkan iaitu Ust Shahrin Imran di Kg Kelanahan Papar, Ust Mohd Jumat Abd Razak @ albelurani di Putatan, Ust Hj Imbran Anggun di Istana Negeri dan Ustazah Dg Masni Datu Saribu di Kepayan.

Kepada mereka, saya ucapkan berbanyak terima kasih atas kerjasama dan kesudian mereka ditemubual.

Hanya dua kumpulan belum melakukan temuramah mereka dan saya berharap tugasan itu diselesaikan secepat mungkin. Mudah saja, ada tugasan adalah markahnya.

Lebih utama daripada markah itu, yang saya mahukan ialah pendedahan kepada mereka tentang ilmu dan kepentingan menghafaz al-Quran dengan bertemu orang yang berada dalam dunia tahfiz itu sendiri.

Mereka adalah ‘ahli keluarga’ Allah dan orang-orang yang dipandang istimewa olehNya sebagaimana ada disebut dalam hadith Nabi SAW.

Alhamdulillah, saya melihat sedikit kesan itu apabila ada di kalangan mereka yang berkira-kira menghantar anak untuk menghafaz al-Quran satu masa nanti.

Secara keseluruhannya kesungguhan para siswa siswi DPI amat saya hormati. Mereka melepaskan masa hujung minggu mereka untuk menuntut ilmu dalam keadaan mereka yang sudah berkerjaya.

Komitmen mereka untuk hadir dan mendahulukan kuliah berbanding program yang lain insya Allah akan diganjari pahala daripada Allah SWT. Ganjaran markah juga ada disediakan.

Penghujung kuliah saya mengambil markah ujian lisan dengan meminta mereka membaca surah al-Fatihah seorang demi seorang. Jumlah yang hadir ialah 22 orang.

Untuk sekadar markah lulus ujian lisan, mereka semuanya lulus. Yang dapat markah penuh pun ada. Maklumlah ada beberapa orang yang merupakan ustaz. Tetapi ada beberapa kesalahan jali dilakukan oleh beberapa orang.

Ada yang bertanya : “Boleh sudahkah kami jadi imam?”

Saya hanya tersenyum.

 

Affendi Yahya

Hj Jafree Abd Rashid

IMG_0496

Catatan dari : Hotel Mahkota, Melaka

Hujung minggu lalu, sempat turun ke Tawau sekejap. Datang dengan penerbangan sebelah pagi dan balik pada penerbangan malam.

Macam biasa, ada saja gambar yang diambil buat tatapan bersama.

Peminta Sedekah

IMG_0454

Tiada kepala

Soto ke Coto

Roti Kahwin

Catatan : KLIA, Sepang.

%d bloggers like this: