Archive for 3 November 2009


Oleh : YBhg. Dato’ Sheikh Hj Abd Halim Abd Kadir

YDP Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)

 

Ceramah 1

Tarikh : 6 Nov 2009 (Jumaat)

Masa : Selepas Solat Maghrib

Tempat : Masjid Nurul Iman, Kg Pasir Putih Putatan.

 

Ceramah 2

Tarikh : 7 Nov 2009 (Sabtu)

Masa : Selepas Solat Maghrib

Tempat : Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu

IMG_0416

Kesempatan sedikit masa bersama tokoh agama yang semakin meningkat naik, Ust Zahazan Mohamed yang berkunjung ke Kota Kinabalu minggu lepas dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Ust Zahazan, 35 tahun, hadir ke Labuan pada awalnya untuk rakaman rancangan Halaqah TV9, kemudian meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu untuk bertemu rakan niaga Syarikat Telaga Biru Sdn Bhd.

Di Kota Kinabalu, beliau sempat mengunjungi kedai-kedai buku di Wisma MUIS yang sememangnya menjadi tumpuan umat Islam di sini.

Kehadiran beliau disedari ramai menyebabkan ramai yang berebut untuk bersalaman, bergambar dan mengambil tandatangan daripada buku yang dibeli.

Pada subuh jumaat lalu, beliau sempat menyampaikan kuliah subuh di Masjid Jamek Kg Likas bersama hampir 100 orang jamaah yang hadir.

Ust Zahazan yang baru mendapat PhD telahpun berhenti sebagai pensyarah di UIA pada bulan mei lalu, dan kini berkhidmat sepenuh masa dengan syarikat penerbitan buku Telaga Biru.

Menurut Sdr Mohammad Yakob (pegawai pemasaran Telaga Biru) yang mengiringi perjalanan Ust Zahazan,  ustaz kini adalah bos nombor dua di syarikat  berkenaan selepas Tuan Hj Waharp Yusuf yang juga abang ipar kepada Ust Zahazan.

Kata Ust Zahazan, kalau dia keluar dari UIA sebagai pensyarah, ramai orang boleh masuk mengganti; tetapi tidak ramai golongan ustaz yang berani duduk dalam syarikat penerbitan buku dan majalah serta berjuang untuk menyebarluaskan lagi ilmu-ilmu Islam melalui penerbitan.

“Kalau kita berceramah di hadapan 300 orang, berapa orang sahaja yang berkemungkinan akan mengambil nasihat yang diberikan?”

“Melalui penulisan, hasil tulisan kita akan dibaca oleh ramai orang, bahkan beberapa generasi selepasnya juga”.

Bercerita berkenaan Majalah Agama Solusi yang semakin mendapat tempat di kalangan pembaca, Ust Zahazan ada menceritakan kajian dan cabaran menerbitkan majalah agama.

Pada penerbitan kali pertama, 10 ribu naskhah dicetak dan 7 ribu daripadanya dikembalikan oleh pengedar.

Walaubagaimanapun setelah 12 isu dikeluarkan, pencapaian yang memberansangkan diperolehi oleh pengurusan Syarikat Telaga Biru dengan jumlah cetakan sebanyak 32 ribu naskhah.

Ada 5 strategi yang ditetapkan oleh mereka iaitu al-Quran dan Hadith sebagai rujukan, fatwa semasa, sirah nabawi, sahabat dan tokoh ulama yang terdahulu (bukan yang  masih hidup), artikel yang pendek dan ringkas serta kertas yang berwarna dan  berkualiti.

Semoga majalah ini terus maju dan berkembang ke seluruh tanahair untuk memartabatkan dakwah Islam yang tercinta.

Kepada Ust Zahazan, semoga diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menyampaikan kuliah dan ceramah dimana juga berada.

Untuk Majalah Solusi di Sabah, ejen utamanya ialah Farmasi Aslam dengan jualan setakat ini mencecah 700 bagi setiap keluaran. Dijangka ia terus meningkat kepada 1000 naskhah pada keluaran akan datang.

Bersama kita membantu.

Ustaz Zahazan di Masjid Negeri Sabah

Ust Zahazan bersama tetamu yang mengunjungi beliau di Taman Kingfisher Likas

IMG_0424

%d bloggers like this: