Archive for 1 November 2009


PEMBELAAN

Seorang sahabat membuat satu analogi.

Seseorang yang dipukul, dibelasah, diterajang dan kemudian ditelanjangi oleh sekumpulan penjahat. Setelah selesai, ada beberapa orang yang datang membawa ubat, menyapu ke badan yang luka lalu membalutnya.

Pakaian sumbangan rakan-rakan dipakaikan kepada mangsa tadi. Beberapa hari kemudian, mangsa itu pun sihat.

Kemudian, datang lagi kumpulan jahat itu melakukan perbuatan yang sama seperti kali pertama. Tidak lama, kumpulan perubatan pun datang membantu membawa ubat-ubatan.

Demikianlah berlaku bertahun-tahun, sehingga mangsa mati. Situasi sama berlaku kepada rakan-rakan mangsa yang lain. Sekumpulan penjahat membelasah, kemudian sekumpulan lagi datang membawa ubat-ubatan dan pakaian.

Sebenarnya, menurut sahabat saya ini, apakah yang diperlukan oleh mangsa itu?

Dia dan mereka memerlukan pembelaan.

Kisah ini satu analogi kepada mangsa-mangsa kekejaman musuh Islam di seluruh dunia. Secara khususnya ingin saya sentuh tentang Mindanao.

Berdekad lamanya berlaku pertempuran antara pejuang Islam di Mindanao dengan tentera kerajaan Filipina.

Antara punca utamanya ialah penduduk di Mindanao yang rata-ratanya beragama Islam tidak mengiktraf kerajaan Filipina yang memasukkan wilayah mereka – Mindanao – termasuk dalam negara Filipina.

Mindanao menurut mereka tidak pernah dijajah dan dikuasai Filipina.

Fakta ini mungkin tidak disedari oleh ramai umat Islam di tempat lain. Khususnya Sabah yang sering dibanjiri dengan kehadiran penduduk dari sana, kita menggelarnya dengan orang Pilipin.

Sejak setengah tahun lalu, saya mengenali seorang anak muda berumur sekitar 20an bernama Mohammad DJ.

Saya pernah mengajaknya ke dalam satu program ziarah ke pedalaman, menghulur bantuan ke rumah orang miskin beberapa bulan lalu.

DJ adalah anak kepada sepasang suami isteri yang sudah berpisah sejak ia kecil. Ibunya adalah saudara baru manakala bapanya muslim asal.

Ketika umur Mohammad DJ baru beberapa tahun, kedua orang tuanya bercerai. Lebih malang, ibunya kembali ke agama asal – murtad. Setelah bercerai, Mohammad DJ dijaga oleh ibunya sehingga kini.

Mohammad DJ walaupun bernama Mohammad sehingga kini bukan beragama Islam.

***

Kisah benar ini adalah salah satu daripada kes yang banyak berlaku setelah perceraian, apatah lagi melibatkan pasangan muallaf. Ada banyak faktor luar dan dalam yang mempengaruhi peristiwa ini berlaku.

Kejahilan dan ketidakprihatinan masyarakat, kelesuan para guru agama, kelemahan undang-undang, semuanya ada saham.

Kepada para ustaz-ustazah, tolong bantu memberikan kefahaman Islam yang betul kepada masyarakat di mana kita berada. Kepada masyarakat sekeliling, akhlak yang  mulia adalah dakwah yang terbaik.

Catatan : Lapangan Terbang Tawau.

%d bloggers like this: