Archive for 31 Oktober 2009


IMG_0391

Beliau adalah tokoh agama yang tidak perlu diperkenalkan lagi khususnya di negeri Sabah.

Datuk Hj Mokhtar, 60 tahun adalah mantan Imam Besar Masjid Negeri Sabah sebanyak 2 kali (1986-2002 dan 2005- Mac 2006).

Saya pernah mendengar cerita-cerita jamaah masjid terdahulu, bahawa Datuk Hj Mokhtar pernah dilantik sebagai muazzin di masjid. Suaranya yang begitu merdu dan dinanti-nanti begitu menarik perhatian jamaah dan penduduk sekitar.

Terdahulu, beliau adalah kumpulan ketiga di Malaysia yang menuntut di Institut Tahfiz al-Quran yang berpusat di Masjid Negara pada 1973-1976.

Rakan-rakan sepengajian beliau ialah Ust Hj Azhari Othman (Kelantan), Ust Aziz Mohd Noor (Kelantan), Ust Hj Salleh Sani Hj Harun (Perak), Ust Talip (Melaka), Ust Hj Khalil Basri (Selangor), Ust Mohd Ma’ruf Hj Nasruni (Selangor), Ust Abdullah Anis (Sarawak), Ust Rihal Anis (Sarawak), Ust Jusoh Mohammad (Terengganu).

Menurut Datuk Mokhtar, dari Sabah beliau datang bersama-sama dengan rakannya iaitu Muhyiddin Yusin (kini Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah). Walaubagaimanapun, Dr Muhyiddin telah kembali selepas 3 bulan bersama-sama.

Bagi pengalaman peribadi, saya sendiri ketika bertugas sebagai imam rawatib di Masjid Negeri, pernah berada di bawah kepimpinan beliau.

Menurut perhatian saya, hubungan beliau dengan jamaah begitu akrab sekali. Permintaan jamaah untuk menjemput beliau ke sana dan ke mari, biasanya dipenuhi kecuali jika ada urusan lain.

Sejak setahun kebelakangan, beliau kembali ke Masjid Negeri sebagai Penolong Imam Besar secara kontrak sehinggalah minggu lalu.

Khabarnya, atas beberapa masalah dan alasan, beliau telah memohon kepada pihak pengurusan JHEAINS untuk mengajar sepenuh masa di Maahad Tahfiz, mencurah ilmu tahfiz dan tarannum yang dimiliki beliau.

Sejak tahun 80an, beliau mengadakan kelas tahsin al-Quran sehingga hari ini pada setiap malam.

Pada setiap ahad malam isnin hingga khamis malam jumaat, beliau mengajar di Masjid Negeri selepas solat Isyak; sementara jumaat malam sabtu di Masjid al-Hilal Kg Tg Dumpil.

Menurut beliau, kelas ini masih dibuka kepada umum dan beliau boleh dihubungi melalui nombor  016-5885959.

IMG_0384

Catatan Dari  Bandar Tawau,

5.45 petang, 31 Okt 2009.

 

IMG_0376

Madrasah al-Mubarak di bawah seliaan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu kini membuka pendaftaran untuk pelajar baru darjah 1 berumur 7 tahun sesi 2010.

Masjid Bandaraya mula beroperasi pada awal 2000 dan dirasmikan oleh Tun Sakaran Dandai, Yang Di-Pertua Negeri Sabah ketika itu.

Ketika masjid ini dalam pembinaan, kami masih mengaji di Maahad Tahfiz yang beroperasi di Masjid Negeri. Pernah beberapa kali kami melalui kawasan ini ketika itu, dan suara-suara kami tertanya-tanya :

“Siapalah yang akan jadi imam nanti di sini..?”

Selepas perasmian masjid pada februari 2000, saya dipanggil bertugas sebagai imam membantu Tuan Imam Hj Aslie Abd Karim. Tidak lama, hanya 4 bulan sebelum saya menyambung belajar ke Mesir.

Masjid ini dilengkapi dengan dewan seminar (dewan al-Mubarak), ATM Bank Islam, Klinik Ibnu Sina, peti pos, khidmat guaman, kedai runcit dan madrasah.

Madrasah al-Mubarak telah bermula pada tahun 2003, dengan status Sekolah Agama Rakyat (SAR) mempunyai 6 orang guru dan sejumlah 148 pelajar.

Hubungi Ustazah Salwa 013-8632625 untuk maklumat lanjut.

IMG_0374

Catatan :

Restoran Singgah Selalu, Tawau

%d bloggers like this: