Archive for 25 Oktober 2009


IMG_0130

Bakal Haji – dari kiri Md Pozi, Ust CB dan Shah. Ust CB bakal umrah pada tahun depan.

Malam jumaat lalu, kenduri dan doa selamat diadakan untuk bakal haji – Md Pozi Awang dan Shahril Sharif – kedua-duanya jamaah surau Riyadhus Solihin Taman Austral.

Surau dipenuhi dengan rakan taulan dan jamaah surau yang hadir bagi mendoakan keselamatan mereka.

Abang Pozi, orang Kelantan yang sudah berbelas tahun berkhidmat di Sabah, berangkat bersama isterinya Kak Nora dan ibu mertua.

Perkenalan saya dengannya ialah ketika bertugas di Masjid Negeri, bersama-sama membangunkan Syukbah Dakwah. Dia sebagai setiausahanya sementara saya selaku timbalan membantu Ust Hj Muchlish sebagai pengerusi.

Bahkan syukbah itu banyak didukung dengan sikap proaktif beliau yang banyak idea dan bekerja dengan sepenuh komitmen.

Dalam tempoh sekitar 4 tahun itu, Abang Pozi dan isterinya tetap setia mengaji al-Quran dengan saya sehingga kini, meski saya sudah berpindah tugas ke Istana dan JHEAINS kemudiannya.

Ramai juga rasanya yang datang mengaji al-Quran, tetapi sedikit sekali yang bersabar menempuhinya. Abang Pozi dan isterinya antara yang bersungguh pada pemerhatian saya.

Ada yang tidak tahan dengan teguran, atau tidak bersabar belajar dalam tempoh yang lama.

Bukan saja dengan saya, Pozi juga antara yang memberi komitmen terbaiknya rajin menghadiri kuliah maghrib khususnya di Surau Austral yang kini beliau menjadi setiausahanya.

****

Shahril Sharif lebih kami kenali dengan nama Shah arkitek.

Shah juga adalah jamaah surau ini dan sering memberikan komitmen khususnya dalam pembangunan surau.

Terkini, Shah terlibat dalam pembinaan kompleks baru bagi SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah di Kinarut dalam Parlimen Papar. Khabarnya, proses pembinaan kini menjangkau 40% dan dijangka siap pada tahun hadapan.

Untuk rakan-rakan, Shah selalu menjadi tempat kami merujuk apabila hendak mencergaskan otot dan sendi dengan bermain badminton dan jungle tracking.

Untuk kesemuanya, mudah-mudahan amal kebaikan yang dilakukan itu menjadi taruhan yang baik apabila berhadapan dengan cabaran dan dugaan ketika menyahut seruan haji kepada Allah SWT.

Bismillah, Allahu Akbar.

Kundasang, 10 pagi.

IMG_0112

IMG_0120

IMG_0131

IMG_0136

IMG_0167

IMG_0174

Advertisements

Buku yang sudah saya baca :

Salahudin

Novel Sejarah Islam, Salahudin-Penakluk Jerusalem adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif.

Salahudin merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib.

Novel ini menceritakan secara terperinci strategi peperangan yang digunakan oleh Salahudin dan pasukan tenteranya sehingga berjaya menawan pihak musuh dalam setiap peperangan.

Novel Sejarah Islam, Salahudin-Penakluk Jerusalem adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif.

Salahudin merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib.

Novel ini menceritakan secara terperinci strategi peperangan yang digunakan oleh Salahudin dan pasukan tenteranya sehingga berjaya menawan pihak musuh dalam setiap peperangan.

Penulis : Abdul Latip bin Talib

Penerbit : PTS Fortuna

Harga : RM 26.90 / RM 29.90 (Sabah & Sarawak)

%d bloggers like this: