IMG_0022

Pagi-pagi semalam saya ke Sabah Animal Medical Clinic (SAMC) membawa salah seekor arnab yang kurang sihat – badan berkutu dan kaki patah.

Doktor yang bertugas tidak dapat melakukan apa-apa terhadap sendi kaki-paha yang patah itu dan hanya memberikan suntikan untuk membuang kutu yang bersarang di badan dan kepala arnab.

Baru saja hendak merakam gambarnya, doktor kata sudah selesai.

“Kesan kutu akan hilang dalam tempoh 2 minggu”, katanya.

Setahu saya memang kurang dan jarang sekali arnab yang datang menerima rawatan. Baik di SAMC atau di Klinik Jabatan Haiwan di Kepayan.

Jadi, yang banyak masuk keluar ialah binatang bangsa mengiow dan jenis menyalak ini.

Dalam gambar ini ada Plecia, Suzie Yungit dan Bibiana. Mereka pembantu-pembantu klinik sedang menyusukan bayi-bayi anjing yang baru berumur sekitar 3 minggu.

Kata mereka, pemilik anjing ini menghantar bayi-bayi berkenaan untuk dipotong ekornya.

IMG_0031

IMG_0045