Archive for 20 Oktober 2009


SEMOGA BEROLEH HAJI MABRUR

IMG_0003

Seminggu dua kebelakangan, ramai menjemput hadir ke rumah mereka. Bukan sekadar jamuan rumah terbuka, tetapi niat kenduri doa selamat untuk keberangkatan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

Tidak dapat dinafi dan disembunyikan lagi, hati ini sebenarnya cemburu (yang positif) untuk turut serta dan pergi sekali lagi ke tanah haram itu.

Sesungguhnya nikmat memijak dan berada bumi Makkah dan Madinah adalah satu kesempatan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Hanya orang yang pernah ke sana memahami perasaan itu.

Ahad lepas, saya hadir di rumah keluarga TJ&R di Kg Petagas untuk kenduri doa memohon keselamatan pergi dan kembali serta beramal dengan sesungguhnya di sana. Mereka 7 sekeluarga akan berangkat pada penerbangan pertama.

Bagi bakal haji Sabah, ada 2 penerbangan iaitu pada 26hb dan 28hb Oktober ini melibatkan khabarnya 900 jamaah haji. Kesempatan ini, saya catatkan beberapa nama yang saya ingati akan pergi ke tanah suci pada musim kali ini :

1. Datuk Ibrahim (BTN) dan Datin Norain Zakaria;

2. Cikgu Md Idzam Zakaria (SMK Majakir);

3. Hj Zawawi Tiyunin (UMS) dan ibunya Hjh Rokiah;

4. Bohari dan Saimah (Kg Peringatan Petagas);

5. Cikgu Saharuddin Sadali (SMESH) dan isteri;

6. Md Pozi Awang (SU Surau Taman Austral), ibu dan isteri;

7. Zulkifli Zakaria (SU Surau Taman Olivia) dan isteri;

8. Ust Bungsu Aziz Jaafar (UiTM Sabah / Tim Pengerusi PUM Sabah);

9. Imam Edenin Mujib (Masjid Bandaraya);

10. Ust Nu’man Abdullah (Kota Marudu) dan isteri;

11. Sharil Sharif (Arkitek) dan isteri;

12. Hj Mansur Mohammad dan isteri (Taman Lok Kawi Sabindo).

Mohon maaf jika ada nama sahabat yang tercicir.

Sepupu saya, Cikgu Idzam yang akan pergi pertama kali, ketika kenduri ahad lepas secara spontan bertanya tip semasa di tanah suci. Spontan juga saya jawab : “Jaga hati dan jaga lidah”.

IMG_0001

IMG_0002

IMG_0005

IMG_0004

Advertisements

IMG_9986

Malam minggu selepas kuliah maghrib di Masjid Kg Lok Kawi Baru saya mengambil sedikit ruang menziarahi Ustaz Abd Razak Yusuf, 60 tahun di kampung yang sama.

Ust Abd Razak berasal dari Kg Jawa Yan Kedah dan datang ke Sabah pada 1971 ketika berumur awal 20an.

Cerita Ust Abd Razak, kedatangannya ke Sabah pada awalnya adalah untuk bekerja sebagai buruh setelah mendaftar nama di Pejabat Buruh Sungai Petani.

Ketika itu keadaan ekonomi agak meleset dan mereka dicadangkan berhijrah ke Sabah untuk mencari penghidupan baru.

Setibanya di Sabah, beliau ditempatkan di Kementerian Pertahanan dan dihantar ke Kem Tentera Kukusan Tawau sebagai penjaga stor dan bertugas di sana selama 6 tahun.

Setelah Kem Lok Kawi dibuka, beliau berpindah ke Kota Kinabalu pada 1976 dan bertugas di sana pula. Ketika itulah beliau aktif dalam kegiatan keagamaan khususnya sebagai bilal di surau quarters kem.

Pertengahan 80an, ustaz dilantik mengetuai biro agama untuk memimpin program keagamaan kerana institusi agama seperti KAGAT yang ada pada hari ini belum wujud lagi dalam angkatan tentera.

Pengalaman dan kebolehan beliau antara lain adalah berdasarkan pendidikan awalnya yang pernah mengaji di Pondok Lanai, Sik pada 1968-1971 sebelum berhijrah ke Sabah.

Sebenarnya sejak 30 tahun lalu, walaupun masih bertugas di dalam kem, ustaz mulai merapati penduduk kampung berhampiran khususnya Kg Lok Kawi Baru.

Beliau sedari 1979  sudah membantu urusan keagamaan seperti mengimami solat, mengurus janazah dan seumpamanya.

Walaubagaimanapun mulai 1991, barulah ustaz tinggal dan berumah di kampung berkenaan dalam keadaan  masih bertugas rasmi di dalam kem dan pada sebelah subuh dan malam membantu mengimarahkan surau di kampung yang dibina sejak 1989/90.

Pada 1993, beliau dilantik sebagai guru KAFA oleh Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Cawangan Sabah yang kini dikenali sebagai JAKIM.

Sepanjang perkhidmatannya bersama Kementerian Pertahanan khususnya di Kem Lok Kawi, beliau 3 kali menerima anugerah khidmat cemerlang iaitu pada 1993, 2001 dan 2005.

Setelah bersara wajib pada 2005, ustaz dilantik sebagai imam rawatib di surau pada 2006 sepenuh masa sehingga hari ini.

Sepanjang tempoh menjadi guru KAFA pula, tidak kurang 40 anak murid beliau yang terdiri daripada anak-anak remaja kampung ini sahaja telah berguru al-Quran dan khatam bersamanya.

Pada 2007 pula, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Putatan telah memilih beliau sebagai penerima anungerah Tokoh Maulidur Rasul 2007 bagi daerah Putatan.

Kini beliau memilih untuk menetap dan bersama-sama penduduk kampung di Kampung Lok Kawi Baru, membantu dan mengurus hal ehwal agama bersama pemimpin kampung yang lain dan hidup bersama isteri dan 6 anak lelakinya.

Rizal 30, Rimee 29, Rizaimi 27, Riswandi 25, Risman 23 dan Rizaidi 21 tahun.

IMG_9993

Mereka bertiga adalah antara anak murid yang setia berguru dengan Ust Abd Razak.

%d bloggers like this: