Archive for 9 Oktober 2009


Bukan Manchester United.

Bukan Manek Urai.

Tapi Majlis Ugama. Yang tinggal I.S. (Islam Sabah)

Sudah berbulan lamanya.

IMG_9507

Catatan dari Paroi Seremban, Negeri Sembilan.

 IMG_9509

Pertama.

Satu ketika, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah pernah diadakan beberapa kali di perkarangan Masjid Negeri Sabah.

Setelah perarakan bermula dari Padang Merdeka, para peserta diketuai TYT Yang diPertua Negeri Sabah akan bergerak menuju ke Masjid Negeri di Sembulan.

Setelah semua kontinjen tiba, majlis penutup akan diadakan bagi mengumumkan para pemenang dan penerima anugerah yang telah ditentukan.

Biasanya majlis yang disertai oleh ribuan umat Islam itu akan berakhir sekitar jam 11 pagi, atau sebelum 12 tengahari.

Menjelang zuhur, yang tinggal solat berjamaah masih seperti hari-hari sebelumnya, tetap 2-3 saf. Adalah sedikit pertambahan beberapa orang seperti pelajar sekolah agama yang menanti bas sekolah masing-masing menjemput pulang.

Kedua.

Sejak peraturan bayaran letak kereta di kawasan Wisma MUIS dikuatkuasakan, ramai pengguna kenderaan di bangunan berkenaan memilih untuk meletakkan kenderaan masing-masing di perkarangan letak kereta Masjid Negeri.

Kawasan letak kereta Masjid Negeri lebih luas, bersebelahan dengan Wisma MUIS dan paling penting percuma.

Khabarnya cadangan agar Masjid Negeri turut mengenakan bayaran pernah dibuat tetapi dibantah oleh orang-orang kuat masjid dan SS Datuk Mufti.

Saya pernah melihat beberapa masjid besar di Jakarta seperti Masjid Ibu Tien dan Masjid Istiqlal mengenakan bayaran untuk kenderaan masuk ke kawasan masjid.

Ia tidak dinamakan bayaran, tetapi infaq atau tabarru’ sebanyak seribu rupiah @ RM0.30 sen untuk sekali masuk.

Mungkin mekanisma tertentu perlu difikirkan bersama kalau perkara itu hendak dibawa ke tempat kita. Contohnya meletakkan sebahagian kawasan tertentu untuk berbayar dan selebihnya tidak.

Sudah tentu ada pro dan kontranya jika bayaran masuk ke kawasan letak kereta masjid dikenakan. Saya terbayang,  kalau keadaan masuk percuma ke masjid pun orang tidak hadir, inikan pula kalau sudah berbayar.

Kepada para pemilik kenderaan yang memilih untuk meletakkan kenderaan di Masjid Negeri, sebagai tanda terima kasih kita kepada pengurusan Masjid Negeri, biasa-biasakanlah diri untuk bersedekah ke tabung masjid.

Sangat malang, sudahlah kita tidak singgah solat atau bersedekah untuk masjid, menumpang kereta pula di kawasan masjid.

Ketiga.

Dua keping foto dalam entri ini bukan diambil pada hari jumaat atau sebelum solat jumaat. Foto ini diambil pada pagi khamis semalam. Biasanya parkir masjid tidaklah sesesak semalam.

Biasanya, kawasan lapang berhadapan blok A Wisma MUIS hanya separuh atau 2/3 dipenuhi kenderaan, tetapi semalam kenderaan membanjiri kawasan ini.

Rupanya ada majlis anugerah khidmat cemerlang dan jasa dikenang anjuran pejabat pelajaran KK, Penampang, Papar dan Tuaran diadakan di Dewan Saadah Wisma MUIS.

Bayangkanlah kalau jamaah Masjid Negeri sebanyak kenderaan ini yang hadir untuk solat zuhur dan asar khususnya pada hari bekerja.

IMG_9514

Catatan dari :

Kg Sentosa, Paroi Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

%d bloggers like this: