Archive for 7 Oktober 2009


IMG_9463

Satu ketika tengahari jumaat pada pertengahan 80an, khatib di kampung kami sedang berkhutbah di sebuah masjid lama. Khatib itu bernama Ust Ali Omar, berasal dari Jitra Kedah.

Saya salah seorang ma’mum kecil ketika itu dan agaknya mungkin baru berumur 5-6 tahun.

Ketika beliau sedang berkhutbah, tiba-tiba beliau tumbang. Saya kurang maklum apa sakit Ustaz Ali ketika itu.

Tetapi ketika itulah muncul beberapa ma’mum memapah ustaz, manakala seorang pemuda pula bangkit sebagai pengganti dan penyambung khutbah.

Ketika itu mungkin usianya baru awal 30an. Saya tidak mengenalinya ketika itu kerana dia bukan penduduk tetap di kampung kami.

Seingat saya, setahun sekali ia akan datang ke kampung kami kerana isterinya berasal dari kampung ini.

Masjid lama itu kini sudah dirobohkan dan diganti dengan masjid baru, sementara Ustaz Ali juga sudah kembali kerahmatullah lebih 20 tahun lalu.

Kenangan khatib tumbang dan diganti dengan pemuda itu masih saya ingat hingga kini apatah lagi kalau saya bertemu atau bertembung dengannya.

Keluarga pemuda itu masih lagi kembali ke kampung kami setiap tahun sekali khususnya pada hari raya walaupun bukan pada raya pertama.

Menjadi takdir dan ketentuan Allah, keluarga kami hampir-hampir bersemendaan dengan keluarga besar isterinya di kampung kami itu, tetapi salah seorang ahli keluarga kami menolaknya.

Itu semua kenangan.

……….

Tengahari tadi kami ramai-ramai mengunjungi rumah Tuan Hj Amri Suratman, Pengarah JHEAINS. Tetamu teramai sudah tentulah pegawai dan staf jabatan ini. Beraya di rumah ketua jabatan adalah sesuatu yang dinanti dan akan diingati.

Tidak ketinggalan rakan-rakan dan jiran-jiran beliau di sekitar Taman Sri Gaya ini. Mengadakan rumah terbuka pada waktu tengahari memang tepat sekali.

Hidangan dan menu Katering Sri Pinang dari Pelabuhan Sabah pula memang menyelerakan. Terima kasih tuan pengarah.

Nikmati foto yang dipaparkan di bawah dan pandai-pandailah buat dialog sendiri. Apa disuap, apa disembang, apa dibincang, apa dijeling, apa disubuk, apa dikhayal, apa dibisik, apa diumpat (kalau ada).

IMG_9437

IMG_9441

IMG_9442

IMG_9447

IMG_9450

IMG_9451

IMG_9455

IMG_9457

IMG_9459

IMG_9461

IMG_9465

Saya kumpulkan maklumat sahabat-sahabat dan rakan kenalan yang menerima kehadiran orang baru khususnya dalam bulan syawal ini.

1) Cikgu Annuar Ali & Ustazah Khadijah, Kota Kinabalu. Anak ke-7, 23 Sept 2009.

2) Yeozree Izwan Jamil & Karmilla Hj Khairan, Kota Kinabalu. Putera sulung, 6.30 petang, 25 Sept 2009.

3) Ust Norazlan Mahmud &  Norain Abdullah, WP Labuan. Puteri sulung, 12.20 malam, 27 Sept 2009.

4) Amyemendra & Ustazah Siti Haryanti, Kota Kinabalu. Putera sulung, 30 Sept 2009.

5) Ahmad Tariq & Puan Hawa, Kota Kinabalu. Anak ke-2, 4 Okt 2009.

Tahniah kesemuanya. Semoga menjadi ibu dan bapa yang baik dan soleh solehah.

Buat para isteri, saya pinjam ungkapan Dr Fadzilah Kamsah : Kalau sudah jadi ibu, jangan lupa jadi isteri. Buat para suami pula, saya pinjam istilah Dr Ali : Selamat bercuti!

%d bloggers like this: