Tahun ini kami tidak mengadakan rumah terbuka seperti beberapa tahun kebelakangan. Ada beberapa masalah dan halangan.

Walaubagaimanapun, kami tetap menerima kehadiran sahabat, rakan-rakan dan kenalan yang berkunjung ke rumah. Terdapat beberapa kelompok sasaran yang kami sekeluarga undang ke rumah, khususnya mereka yang ‘berpotensi’ dan yang belum pernah datang ke rumah.

Ahad lepas, saya mengundang beberapa kumpulan muda-mudi ke rumah secara khusus. Maaflah kami tidak mengundang sahabat lain tahun ini atas beberapa kepentingan lain. Anggaran tetamu yang diundang dibawah 50 orang.

Saya catatkan sebahagian nama yang hadir sebagai tanda terima kasih kami.

Ilham, Faiz Kassim, Maznee Abd Aziz, Nurul Izza Nadia Shuhaimi, Siti Ayu Solehan, Nur Hidayah Muksin, Ummu Atiyyah Hassan, Nor Fadila Siamir dan KY.

Ada juga tetamu kami daripada kalangan jamaah masjid kampung dan rakan-rakan kedua mertua yang meramaikan majlis. Terima kasih juga.

Mohon maaf kerana tidak terlayan sehingga mereka pulang kerana saya bergegas ke Surau Taman Limauan untuk kuliah maghrib yang sudah dijanjikan. Maaf yang ketiga, tiada sesi fotografi seperti kegemaran biasa.

Nuha pula menanti beberapa orang yang tidak kunjung tiba. Ada juga kelompok yang berjanji hadir tetapi tidak muncul sehingga  malam walaupun seorang wakil, Ummu Nuha kata : Tahun depan, tak payah panggillah lagi.