Archive for 3 Oktober 2009


CARA MEREKA SAMBUT RAYA

Hari raya adalah ibadah. Ia satu nikmat yang diturunkan daripada Allah SWT dengan peraturan dan adab tertentu, bukannya dengan pandai-pandai kita meraikannya sesuka hati.

Ketika saudara seaqidah ditimpa musibah di Padang Sumatera dengan kematian yang mencecah ratusan atau mungkin ribuan orang, ini pula yang dilakukan di Indah Permai.

Mensyukuri hari raya?

Malam Gema Aidilfitri di Indah Permai 3 Oktober

KOTA KINABALU : Orang ramai khususnya penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Karambunai dijemput datang bagi menyaksikan kemeriahan Malam Gema Aidilfitri di Perkarangan Indah Permai (depan Restoran Keningan dan R&R Kek House) pada 3 Oktober ini.

Ini adalah kali pertama majlis seumpama dianjurkan oleh pejabat Dun Karambunai bertujuan untuk merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta memupuk semangan muhibbah di kalangan penduduk setempat kawasan itu.

Malam Gema Aidilfitri ini akan bermula jam 6.30 petang dengan pengisian pelbagai program antaranya, pertandingan karaoke, pementasan pentarama anjuran Jabatan Penerangan, penyampaian anugerah kampung-kampung dan taman-taman perumahan yang terpilih dan cabutan tiket bertuah.

Pada sebelah malam pula akan diadakan pertunjukan bunga api. Antara orang kenamaan hadir ialah Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad Ayid yang juga wakil rakyat Karambunai dan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Iliyas Ibrahim.

Sumber : Utusan Borneo, 2 Oktober 2009 (Jumaat).

Malam Gema Aidil Fitri 3 Okt

KOTA KINABALU: Pejabat Dun Karambunai bersama Jabatan Penerangan Malaysia cawangan Sabah akan menganjurkan Malam Gema Aidil Fitri pada 3 Oktober di perkarangan Kedai Indah Permai, Menggatal bermula 7 malam.

Orang ramai dijemput datang beramai-ramai untuk menyaksikan pelbagai persembahan nyanyian, tarian kebudayaan, cabutan bertuah untuk pengunjung bertuah. Selain itu malam itu juga akan diumumkan pemenang pertandingan kampung tercantik, pertandingan bersusul dan acara lain yang menarik.

Tetamu kehormat pada malam itu ialah Wakil Rakyat Karambunai, Datuk Hajah Jainab Ahmad serta pemimpin masyarakat.

Sumber : Daily Ekspres, 2 Oktober 2009 (Jumaat).

1) Kami (Persatuan Ulama’ Malaysia Negeri Sabah) mula mengumpulkan senarai pendakwah lama di negeri ini.

2) Antara kriteria yang kami kehendaki ialah mereka yang pernah dan sedang berada di Sabah, sama ada berasal dari tanah Semenanjung, Indonesia, Mindanao, Sarawak, Brunei atau orang tempatan (Sabah).

3) Pendakwah lama berkenaan tidak kira masih hidup atau sudah meninggal dunia, sama ada masih berada di Sabah atau sudah berpindah atau sudah kembali ke tempat dan negeri masing-masing.

4) Keutamaan diberi kepada para pendakwah yang pernah berkhidmat ataupun sedang / masih bertugas sejak tahun 50an, 60an, 70an dan awal 80an. Maklumat pendakwah yang bertugas dalam tempoh singkat di Sabah juga dialu-alukan, kerana mereka juga penyumbang perkembangan dakwah.

5) Pendakwah yang dimaksudkan terdiri daripada para ustaz, ustazah, imam atau guru biasa atau orang awam yang menonjol kerja-kerja dakwahnya dalam masyarakat.

6) Sebahagian kecil daripada ribuan tokoh pendakwah yang masih berada di Sabah khususnya di sebelah pantai barat (dari Kudat Ke Sipitang & Tenom) akan kami jemput dalam satu majlis kecil bernama ‘Nadwah Pewaris Nabi’ pada bulan november nanti di Kota Kinabalu.

7) Selain membuatkan majlis ‘reunion’ untuk mereka, kami juga bercadang melengkapkannya dengan membukukan biodata dan profail selepas itu. Usaha-usaha mengumpul biodata itu sebenarnya sudah bermula sejak beberapa bulan kebelakangan.

8 ) Majlis Nadwah Pewaris Nabi ini akan dibuat secara berperingkat. Jika berhasil di Kota Kinabalu, majlis sama akan dibuat di sebelah Tawau dan Sandakan. Untuk kerja pembukuan juga akan dibuat secara bersiri.

9 ) Kami memohon sokongan dan bantuan saudara-saudara bagi mengumpulkan nama mereka.

10) Jika tokoh yang mempunyai kriteria di atas ditemui, atau  merupakan bapa, ibu, ahli keluarga, guru, jiran, rakan atau kenalan para pembaca, hubungi kami melalui blog ini. Sertakan namanya, tempat pernah berkhidmat di Sabah, asal, dan paling penting no telefon untuk kami hubungi.

11) Tujuan utama maklumat ini dikumpul untuk memberi perangsang dan semangat kepada pendakwah-pendakwah muda tentang kesabaran dan kegigihan mereka menyampaikan risalah Islam di bumi Sabah ini.

12) Penyumbang dana untuk kerja dan aktiviti ini juga dialu-alukan.

Ustaz Abu Nuha, Setiausaha PUM. (013-8510199)

Emel :  ma_alhafiz@yahoo.com 

Blog :  https://abunuha.wordpress.com/

Chegu Jamil Dayan, Setiausaha Kerja PUM Sabah. (013-8517282)

Emel : chegujamil@yahoo.com

%d bloggers like this: