Tidak banyak pergerakan kami pada jumaat melainkan saya hanya keluar solat jumaat di Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil. Geram juga melihat orang dewasa selamba bersembang masa khatib berkhutbah.

Petangnya, kami ke rumah Ust Muhasibi Razali di Taman Sri Gaya. Ust CB dan isteri orang Kelantan, aktivis parti di kawasan Putatan khususnya dalam JK Pengurusan PASTI.

Biasanya hal ehwal guru dan masalah PASTI, beliaulah orang yang selalu dirujuk. Maklumlah setiausaha katakan.

Bersama Ust Mad Sepanggar, Ust alBelurani dan lain-lain, mereka menyambung pelajaran ke peringkat BA secara PJJ UKM di Sembulan setiap hujung minggu. Kesungguhan mereka wajar dijadikan teladan.

Ust CB bertugas di SK Tebobon, sekolah dimana anak-anak along belajar di sini dan berguru dengannya. Cuma harapan saya, Ust CB akan upgrade kebolehannya dengan memberi kuliah dan ceramah-ceramah di surau, masjid dan sebagainya.

Ust CB boleh!

….

Sebelah malam, kami menerima tetamu.

Pertamanya, rakan serumah Ummu Nuha ketika di Mesir. Noradilah @ Ucie dari Kg Pengalat Kecil Papar.

Ucie sudah pakai persona macam Abu Nuha sejak 2-3 bulan lalu. Alhamdulillah, rezekinya murah sejak mula bertugas sebagai guru JQAF awal tahun ini di SK Kota Klias Beaufort.

Buat Ucie, kami doakan agar bertemu jodoh dalam tempoh yang terdekat. Abu Nuha sibuk goreng ayam di dapur, sampai lupa tangkap gambar dengan Ucie.

Belum lama rombongan Ucie sampai, datang pula kerabat Mami Ika dari Sampolna.

Mami Ika, Pacik Onn dan anak-anak tahun ini beraya di kampung Mami di Semporna dan balik malam ni ke WP Labuan.

Mami Ika adalah guru di SK Pekan 1 WP Labuan, sementara Pacik Onn di UMS KAL jadi tukang tangkap gambar dan buat berita.

Seronok tengok anak-anak sudah membesar, mudah tolong mami diorang buat kerja di rumah. Azdhann, Aisyah, Nabila dan Yaya.

Selain beraya dan menerima habuan duit raya anak-anak, inilah juga pertama kali mereka melihat baby Aina’ Salsabila yang menjangkau hampir 2 bulan. Ada iras Nuha kata mami.

Insya Allah, ada umur mungkin cuti sekolah kami mencari ruang balik kampung pula.

IMG_8411

IMG_8838

IMG_8844

IMG_8854