Archive for 25 September 2009


BERKATNYA RUMAH INI

IMG_8722

Secara umum, catatan ini saya tujukan kepada pembaca blog ini. Secara khusus pula, saya tujukannya kepada Ust elmandari dan adiknya Masri di Mesir.

Sebagai orang yang pernah berada di perantauan, saya yakin mereka merindui kampung halaman sendiri.

Ini bukan kali pertama saya ke rumah mereka. Jalan dan suasananya masih belum berubah.

Kali pertama dan kedua ketika anak kedua masih dikendong, yang kini sudah berumur 4 tahun. Ketika itu kunjungan raya kalau tidak salah.

Kali ketiga setahun lalu ketika berziarah menyampaikan sumbangan kepada Masri yang bakal ke Mesir, bersama Cikgu Hameed dan Ust Zulhazmi.

Penyertaan Hj Alimin sekeluarga dan Ust Mad Sepanggar merupakan kali pertama mereka ke rumah ini. Lokasinya di sebuah rumah yang terpencil dalam kampung Gadong, dalam parlimen Kimanis.

Meninggalkan kereta di pinggir jalan, dan hanya kereta 4×4 seperti Land Cruiser milik Ust Zul boleh masuk ke dalam, itu pun sekerat jalan, kerana lumpur dan jalan berlopak.

Dari pinggir jalan kami berjalan kaki hampir 15 minit menuju ke rumah mereka. Kami tiba disambut oleh Maslinah, ibu dan pakciknya yang tinggal bersama mereka.  

(Maslinah bekas siswi MTQQNS dan saya pernah mengajarnya, kemudian berkhidmat sebagai guru di PPI an-Nur selama 2 tahun. 6 Okt nanti, Maslinah berangkat ke Mesir. Insya Allah).

Bapa Maslinah tiada di rumah, berada di Kota Kinabalu menyambung kerja setelah bercuti raya selama 3 hari. Yang ada hanya Maslinah, Zuraidah (adik perempuannya), ibu dan pakciknya.

Kata pakcik, rumah itu didiami sejak 20 tahun lalu, Zuraidah belum lahir pun. Rumah dibina dalam kawasan tanah milik seorang cina yang membenarkan mereka tinggal di sana.

Tenang dan sunyi rumah ini bukan semata-mata kerana ia terpencil, bahkan kerana tiada gangguan elektrik. Tiada bunyi tv, pendingin hawa, mesin basuh, peti ais dan sebagainya kerana mereka tiada elektrik langsung.

Yang ada hanya bunyi radio kecil dengan kekuatan bateri sahaja.

Bukan setakat itu, mereka juga hanya berbekalkan air hujan yang turun dan air sungai tidak jauh dari rumah untuk keperluan makan minum dan menyucikan diri.

Saya masih tidak dapat membayangkan rumah di dalam negara yang membangun ini masih ada kehidupan sebegini dalam tahun melinium. Bukan tahun 50an, 60an atau 70an.

Maslinah menjelaskan dia berjalan kaki menumpang rumah kawan untuk mengecas handphonenya sementara malam mereka masih diterangi dengan lampu minyak tanah.

Kepada mereka saya jelaskan : Di rumah ini ada keberkatan. Di sini ada dua pejuang ilmu di Universiti al-Azhar, sementara seorang lagi bakal menurut jejak langkah mereka.

Saya doakan adik bungsu mereka dalam tingkatan 5 di SMAI Papar akan turut serta ke sana, satu masa nanti. Kepada Elmandari, saya turut memahami kesusahan keluarga kamu.

Insya Allah, ada rezeki kita bertemu. Sejam di rumah mereka, kami berinut pulang. Kepada anak-anakku, dan anak-anak yang turut serta, ambillah pengajaran. Kesusahan hidup bukan penghalang untuk mendapat kejayaan.

Sabtu depan, Ust Zul dan Ust Mad akan datang lagi bawa keluarga mereka pula. Sahabat-sahabat Austral yang berhajat boleh join sekali, kita hantar bantuan dan pajak rambutan manis mereka.

Kisah berkaitan : baca di sini.

IMG_8727

IMG_8732

IMG_8734

IMG_8741

IMG_8744

IMG_8746

IMG_8752

IMG_8756

IMG_8774

IMG_8776

IMG_8784

IMG_8785

IMG_8795

IMG_8692

Suasana raya kali ini tambah meriah dan istimewa buat saya, keluarga Ust Rafihi dan khususnya diri Jenicarr Yado.

Setelah berziarah raya di rumah Abg Zulkifli Zakaria di Taman Olivia Kepayan, Ust Mad Sepanggar di Luyang dan Angah di Putera Perdana, kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke rumah Ust Rafihi di flat guru Sekolah Pendidikan Khas, Tuaran.

Di rumah Ust Rafihi, beliau sekeluarga dan Jenicarr sudah  menanti. Saya dan Abang Aminuddin TPJ3 datang sekali.  Setelah selesai menjamu selera dan Ust Amir Hamzah sekeluarga tiba, kami memulakan acara.

Ust Rafihi mempersilakan saya memimpin majlis dengan Jenicarr diapit dua anak Ust Rafihi berada di hadapan saya. Di sisi saya ialah Ust Amir, Abang Amin dan Ust Rafihi sendiri.

Saya menjelaskan kepada beliau secara ringkas keindahan Islam, khususnya perkara rukun iman dan rukun islam yang menjadi dasar agama ini.

Dipendekkan cerita, malam itu Jennicarr, 18 tahun memeluk Islam dengan sukarela di hadapan kami. Pelajar tingkatan 6 rendah SMK Badin Tuaran ini merupakan sahabat baik kepada anak Ust Rafihi.

Katanya, minat membaca buku bercorak agama, pergaulan dengan teman muslim antara yang mendorongnya memeluk Islam.

Paling jelas, rakan-rakan muslimnya telah menunjukkan akhlak yang betul sehingga menarik perhatiannya kepada Islam.

Sebelum kami pulang, Ust Rafihi mengisytiharkan Jenicarr atau nama barunya Aufiah Az-Zahra diambil sebagai anak angkatnya. Mereka sekeluarga khususnya anak-anak perempuannya akan membimbing Aufiah memahami agama ini.

IMG_8691

%d bloggers like this: