Archive for 22 September 2009


TAMBING PALESTIN

Selepas zuhur raya pertama, kami bertolak ke Membakut, kampung asal ayah mertua dengan menaiki 4 buah kereta.

Lokasi pertama ialah Taman Perkuburan Paya Lebar, melalui kawasan padang golf yang cantik sekali. Bagus juga, biar peminat-peminat golf sedar sikit akan kehidupan yang sementara ini.

Antara yang diziarahi ialah kubur-kubur orang tua dan abang sulung kepada ayah mertua. Anak-anak yang sudah pandai mengaji kami suruh membacakan al-Fatihah kepada arwah yang dimaksudkan.

Berikutnya kami ke Kg Brunei Membakut, menziarahi ahli keluarga dan sepupu-sepupu sebelah isteri. Rumah mereka berada di pinggir sungai yang nampaknya semakin naik.

Bersebelahan Kg Brunei, kami terus ke Kg Pimping. Kehadiran saya dan keluarga kecil kami ke sini membayar hutang tahun lalu, kerana kami berada di WP Labuan ketika itu.

Sesudah maghrib, 3 buah kereta kembali ke Kota Kinabalu sementara kami sekereta meneruskan misi ziarah, kali ini menjejaki rakan-rakan sekolah kami.

Ustazah Hjh Dg Hafizah Ag Basir, rakan akrab kepada isteri saya merupakan sepupu kepada YB Datuk Hj Arifin Arif ADUN Membakut. Sesudah menamatkan pengajian sarjana, beliau kini memulakan tugas di UMS – Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) mulai 1 September lalu.

Ustazah Dg Halimah Ag Tengah pula rakan sekelas di SMAI TPHR dan sezaman ketika di Mesir. Tahun lalu, Dg Halimah selamat melahirkan anak kembar mereka.

Hampa juga apabila tiba saat hendak mengambil gambar, seorang kembarnya sudah tidur di kamar mereka.

Ust Ak Yuzie Pg Md Yussuf dan Ustazah Noraslinah Suzziyani Abd Kini kedua-dua mereka rakan sekelas di SMAI TPHR. Yuzie dan isterinya baru mendirikan rumahtangga awal tahun ini.

Sesuatu yang meriah (atau terlebih meriah) di Kg Pimping ini ialah budaya bermain mercun yang semakin menjadi-jadi. Khabarnya mercun seumpama itu berharga antara RM60 – RM150 setiap satu.

Bayangkanlah permainan itu bermula sejak malam raya sehingga jam 10 malam dan berterusan beberapa hari. Berapa jumlah wang yang dihabiskan setiap malam untuk meletupkan duit masing-masing, wallahu a’lam.

Kalaulah kita tidak melihat cahaya indah setiap kali mercun meletup di udara, dan hanya sekadar mendengar letupan mercun itu saling berbalas-balas, mungkin ia seolah-olah seperti dentuman bom dan tembakan di bumi Palestin.

Kebetulan kami ziarah ke anjung terbuka di tambing belakang rumah Ustazah Hafizah, ada saya bertanya kepadanya.

Adakah YB Datuk Arifin yang berada di rumah ketika itu tidak menegur perbuatan anak-anak buahnya? Atau mendiamkan diri kerana mereka semua adalah pengundi tegar beliau?

IMG_8514

IMG_8532

IMG_8539

IMG_8550

………..

Terima kasih kiriman SMS ucapan selamat hari raya :

Sheikh Kadri Abd Hamid (Insaniah Kedah), Hj Ayub Abd Rahman (Kuching Sarawak), Hj Matin Datuk Pandin (Kg Pasir Putih Putatan), Azhar Othman @ Along (Taman Indah Permai), Ag Yahya Ag Damit (Kota Marudu).

Mustofa Kamal Achmad Rafaie (Tawau), Ustazah Hayati Hanit (WP Labuan / Sipitang), Ust Hj Abd Rauf Abbas (PPTA JHEAINS Ranau), Ustazah Noraini Ag Adi (Sipitang), Thussin Hj Saidil (Taman Olivia Kepayan).

Sarjan Wahid (Taman Limauan Kinarut), Ust Md Sabri Ibrahim (Taman Teluk Vila, Putatan), Ust Sulaimin Musinin (Keningau), Abd Mumin Rasam (Kg Cenderamata Likas), Abu Bakar Ongkosing (SAHABAT).

Siti Norafidah Ghulam Rasul (Tg Aru KK), Ust Janis Nawawi (PPTA JHEAINS Kudat), Md Safree Othman @ PP (WP Labuan), Suhaidi Mosidang (Kg Kinandusan Kundasang).

IMG_8458

Tahun ini giliran kami beraya di Kg Meruntum Putatan.

Setelah 8 kali berhari raya dalam suasana berumahtangga, ini kali keempat menyambut raya di sini dengan suasana semakin meriah.

Pada 2002, kali pertama berhari raya bersama keluarga mertua dan kami masih berdua kerana baru sebulan mendirikan rumahtangga.

Pada 2003, sambutan semakin bermakna dengan kehadiran anak pertama tetapi sambutan kami raikan di bumi Mesir, jauh dari keluarga kedua-dua pihak.

Dua tahun lalu, walaupun berhari raya di KK tetapi oleh kerana ketika itu masih bertugas di Istana Negeri, saya terpaksa mengutamakan TYT Tun.

Mengiringi beliau dalam solat raya serta bersama-sama meraikan tetamu di Istana dalam rumah terbuka. Walaubagaimanapun, setiap warga istana dibenarkan membawa keluarga masing-masing.

Hanya setelah itu majlis itu barulah kami bebas sedikit untuk pulang ke tempat masing-masing. Kami kemudiannya beraya ke rumah abang sulung di Indah Permai sebelum bertolak ke Membakut.

Raya kedua, barulah kesemua keluarga besar kami ke Labuan termasuk ayah dan mak mertua. Rasanya itulah yang paling meriah setakat ini. Boleh beraya dengan warga istana, kemudian dengan keluarga kedua-dua pihak pula.

Sebolehnya setiap kali hari raya, sama ada di WP Labuan atau di KK, saya hendak sangat bertemu dengan sanak saudara dan rakan sekolah yang lama tidak ditemui, dan itulah hampir setiap tahun saya lakukan.

Khususnya di Labuan, saya mahu anak-anak kami sesudah besar mereka mengetahui dan mengingati mana satu sepupu, pakcik-makcik dan datuk nenek mereka kerana itulah rumpun dan keluarga besar ini bertali dan bersambung.

Alhamdulillah kali ini di Putatan, kami dapat bertemu sesama ipar dan biras bersama anak masing-masing yang sudah berjumlah 14 orang kesemuanya. Insya Allah akan bertambah lagi.

Kami sesama ipar duai di sini tidaklah terlalu sukar bertemu kerana semuanya berada di Kota Kinabalu.

Along di Taman Kingfisher Likas, Angah di Putera Perdana Telipok dan Jai ada di Kg Likas. Biasanya setiap minggu atau 2 minggu sekali, akan ada yang datang ke Kg Meruntum ini.

Pagi raya memang kecoh dan riuh suasananya dengan 14 cucu atok dan nenek berkumpul. Farah cucu yang tua baru 8 tahun dan Aina’ cucu yang ke-14 baru mencecah 50 hari. Masing-masing dengan karenah dan gelagatnya.

Ada yang mudah merajuk, ada yang pendiam, ada yang mudah diatur, ada yang sudah pandai menolong dan bermacam-macam ulah. Tetapi itulah kemanisan hidup berkeluarga dengan kemeriahan dan telatah anak masing-masing.

Sekali direnung, baru teringat dan tersedar anak-anak semakin ramai dan membesar, masa semakin pantas berlalu. Malam-malam mengusung anak tidur ke bilik, sudah terasa berat mereka.

Oh ya tidak lupa, tema kami 7 anak beranak tahun ini ialah ‘sirap bandung’ pilihan ummu nuha.

IMG_8469

IMG_8478

IMG_8494

IMG_8490

IMG_8504

 

……….

Terima kasih kiriman SMS ucapan selamat hari raya yang diterima :

Ustazah Nurul Faridah Zainal Abidin (Serembang N9), Sarjan Hj Zainon Mat (IPD Karamunsing), Ust Wan Azharan Wan Suhaimi (Mahkamah Syariah KK), Ustazah Zatullifah Md Aslie (PPTA JHEAINS Tenom).

Ust Zainuddin Lateh (Maktab Sabah), Abdullah Mapol (Petronas KK), Hj Fauzi How (Taman Austral), Md Shamsul Ideham Sain (Sandakan), Juhawati Jumat (WP Labuan), Hjh Masneh Abdullah (Kepayan Ridge).

Ust Ghazali Syafie Mat Rashid (Beaufort), L/Kop Wan Azman Wan Mat Salleh (Istana Negeri), Aerlina Haris (BPI JHEAINS), Hj Yahamad Budin (SUS Menteri JKM), Sarimah Abd Aziz.

Ust Hj Muridi Muhammad (Perlis / Ahli Lajnah Tashih al-Quran), Ust Japar Ibrahim (BPAWD JHEAINS), Ust Hj Zamri Abdullah (SK Putatan), Pak Yunos Hashim (KDN Putrajaya), Ust Rozhan Yacob (Madrasah Islamiah MNS).

Ust Hj Hafizan Berahim (Selangor), Ustazah Jumaiah Memun (Papar), Jaludin Dolah (Pusat Zakat Sabah), Imam Aliuddin Matbee (Kg Sg Padang Papar), Ust Hj Md Mursal Muchtar (Taman Sempelang KK).

Salina Taib (Sandakan), Ust Sufian Amran (SPPIM), Imam Hj Losman Linjal (Masjid Bandaraya KK), Md Safree Othman (WP Labuan), Ust Murtadha Mansor (SMK Sanzac).

Hj Nicholas Sylvester (JIM/KL), Ust Bungsu Aziz Jaafar (UiTM KK), Mahmud Yunus (Putatan), Hj Abd Gapar Madin (SUS TYT, Istana Negeri), Hj Ahmad Abdullah (Penampang).

Datuk Hj Aidi Mokhtar (Ketua Hakim Syarie Sabah), Hj Juhari Janan (Putatan), Marina Md Zain (Istana Negeri), Hj Paimuzi Yahya (ILIM Bangi), Dr Norlimah Arshad (Tawau).

Ust Abd Rahim Md Zain (Kota Bharu Kelantan / Ahli Lajnah Tashih al-Quran), Ust Razali Abd Hamid (SPPIM KK), Ust Abd Wahab Sidek (SMAI TPHR), Sunarti Anwar (Tawau), Md Zainal.

Ust Yahya Mashur (Madrasah Islamiah MNS), Ust Md Jumat Abd Razak (Pejabat Mufti Sabah), Ust Hj Ali Abdullah (PPIB, UMS), Ust Farhan Abdullah (Serdang), Muzaimi Taib (KL), Hjh Shahirah Abdullah (SAHABAT).

%d bloggers like this: