Archive for 21 September 2009


IMG_8384

Sehingga ke pagi raya, saya masih belum memutuskan di masjid atau surau mana hendak turut serta solat raya.

Belum sempat apa-apa, masjid di belakang rumah sudah mendirikan solat tepat jam 7.30 pagi.

Saya mula bergerak bersama hero kami Abd Hadi tepat 8 pagi. Mendengar radio Sabah FM, Masjid Negeri baru saja mula mengangkat takbiratul ihram.

Kami berdua ke Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral. Saya dimaklumkan solat didirikan pada jam 8.30 pagi.

Memang dalam buku-buku fekah ada dinyatakan sunnat dilewatkan sedikit solat eidul fitri bagi memberi ruang kepada mereka yang belum membayar zakat.

Satu lagi kebimbangan di hati saya apabila membawa hero kami ini ke surau.

Inilah pertama kali saya membawanya untuk menyertai sebarang solat berjamaah di surau. Saya sendiri maklum kenakalannya, maklum belum mencapai umur 3 tahun pun.

Asalnya memang saya tidak berhajat membawa solat, tetapi sesudah Abd Hadi bergaya seawal pagi, hati saya tewas untuk membawanya juga.

IMG_8389

Kami sampai dalam keadaan ruang solat dalam dan luar sudah penuh. Terpaksa  juga mencari ruang-ruang kosong buat kami berdua.

Sebelum solat Ust Mad selaku timbalan pengerusi mengumumkan jumlah sumbangan yang diterima sepanjang Ramadhan berjumlah sekitar RM60 ribu, jatuh RM30 ribu berbanding tahun lalu.

Sumbangan-sumbangan itu meliputi RM20 ribu untuk Pusat Pendidikan Islam, RM19 ribu untuk majlis berbuka puasa, RM9 ribu untuk sumbangan kepada anak-anak yatim dan susah, RM6 ribu dalam bentuk beras yang disumbangkan kepada fakir miskin, lebih RM 1000 untuk PASTI dan sekitar RM5 ribu untuk siswi ke Mesir.

Ketika solat didirikan pimpinan Ust Mad Sepanggar, Abd Hadi turut berdiri menghadap kiblat.

Jamaah rukuk, dia tetap  berdiri. Jamaah sujud, dia tetap berdiri. Begitulah sehingga selesai. Dia tetap berdiri dan berpusing-pusing melihat orang di sekelilingnya.

Itu saja membuat saya bersyukur. Mana tidak, ketika solat itu pun ramai anak-anak sebaya dan lebih besar daripadanya berlarian di hadapan ma’mum.

Tetapi Abd Hadi istiqamah berdiri tidak tergoda dengan larian orang lain.

Khutbah raya disampaikan oleh Ust Zulhazmi Osman.

Isi khutbah yang sangat baik. Menggabungkan tentang pengisian hari raya yang sepatutnya dipraktikkan umat Islam dan isu-isu semasa agar jamaah mengambil iktibar dengan peristiwa yang berlaku.

Cuma sistem suara surau perlu diperbaiki kerana tidak begitu jelas khususnya bagi mereka yang berada di luar.

Selepas khutbah, surau menyediakan sedikit jamuan dan diakhiri dengan sesi fotografi.

IMG_8391

IMG_8398

IMG_8403

IMG_8410

IMG_8411

IMG_8422

………..

Terima kasih SMS ucapan selamat hari raya yang diterima :

Ustazah Dg Masni Datu Saribu (MTQQNS), Cikgu Dg Jaudah Amit (SMAI TPHR), Salmia Ismail (Kedai Arnab Asia City), Ust Razali Abd Hamid (SPPIM), Ust Fakhruddin Said (Madrasah Islamiah MNS).

Ustazah CT Muslimat Bacho (Membakut), Ustazah Nordianah Alwi (JAWI WP Labuan), Ustazah Hjh Zubaidah Jamadi (BP JHEAINS), Ust Nanip (Jab Penjara Sg Buloh), Ustazah Siti Sahrah Md Arip (Tawau).

Hj Hamir Zahari (Petronas WP Labuan), Ust Kamarool Azhar (Tenom), Ust Bahtiar Hud (Sandakan), Siti Ayu Solehan Md Zulkifly (UMS /PSS), Cikgu Yahya Hj Yusuf (SK Babagon Toki Inanam).

Tahir Abdullah (Hospital Kuala Penyu), Abd Razak Jamil (Ketua AMK Sabah), Shumaimah Wong (SAHABAT), Alinah Nordin (JPANS), Ust Md Hanafiah Sulung (Rhu Rendang Terengganu).

Zaidi Hussin (Likas KK), Zulzaim Helmi (Papar), Ust Herwan Harun (Membakut), Zaidi Jumat (WP Labuan), Ust Zulkifli Mustafa (Pendang Kedah), Matlin Asmat (Masjid Negeri Sabah), Suraip Hassan (Kg Lok Kawi Baru).

Zulkifli Md Tahir (Pengarah Hospital Kuala Penyu), Ust Md Ghazali Yunus (Seremban N9), Ust Md Taif Kassim (BP JHEAINS), Ust Senan Jipar (BD JHEAINS), Md Alli Jakrin (WP Labuan).

Siti Hawa Md Saud (PASTI Putatan), Janis Abdullah (Masjid Negeri Sabah), Ust Hj Hashim Othman (JAI Perlis / Ahli Lajnah Tashih al-Quran), Zahara Rahim (Jabatan Muzium).

Ust Zikro Othman (Perak), Datuk Hj Safari Manan (Likas KK), Ustazah Lilis Mulyani (BD JHEAINS), Ust Rafihi Derim (Institut Perguruan Kent Tuaran), Ust Md Shamsuri Ghazali (JAKIM Sabah).

Ust Hj Imbran Anggun (Istana Negeri Sabah), Yusrino Yusuf (Pusat Serenti Papar), Ust Azim (Tenom), Ismail Hassan (JKR Sabah), Ustazah Norlela Lakibul (JHEAINS Semporna), Cikgu Adiah Mustafa (SPA Jabatan Pelajaran).

IMG_8309

Berita lewat.

Lebih RM15000 disampaikan kepada anak-anak yatim, pelajar miskin, dan Pondok Fii Zilalil Quran dalam majlis penyampaian sumbangan kepada mereka pada 26 Ramadhan lalu di Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral.

Sumbangan yang disampaikan adalah hasil kutipan dan sumbangan jamaah surau berkenaan sepanjang Ramadhan lalu. Ia disampaikan oleh Jawatan Kuasa surau diketuai oleh pengerusinya, Hj Sapawi Thussin.

Jumlah itu merangkumi lebih RM9000 sumbangan jamaah surau, manakala bakinya derma ikhlas beberapa orang ahli korporat dan individu berada.

Antara yang menerima sumbangan berkenaan ialah pelajar miskin dan yatim dari SK Sembulan, SK Tg Aru, SK Bahang, SK Kepayan, PASTI Kawasan Putatan dan beberapa sekolah terpilih yang lain.

Acara ini merupakan majlis tahunan surau berkenaan sempena Ramadhan bagi meringankan beban keluarga dan menggembirakan para penerima sumbangan berkenaan.

Penerima bagi pihak PASTI Kawasan Putatan, Ust Muhasibi Razali ketika ditemui mengucapkan berbanyak terima kasih atas keprihatinan JK dan jamaah surau berkenaan.

Seorang pelajar sekolah yang ditemui pula selepas majlis berkenaan tersenyum girang menerima bantuan berkenaan. Sambil menyatakan terima kasihnya, murid berkenaan menjelaskan duit yang diterima akan dikongsi bersama dengan adik-adiknya yang lain.

Kira-kira 200 orang hadir dalam majlis berkenaan dan para hadirin dijamu dengan 1000 cucuk sate yang ditempah khas dari Beaufort.

IMG_8299

IMG_8302

IMG_8333

IMG_8345

IMG_8352

IMG_8328

IMG_8358

 

………..

Terima kasih SMS ucapan selamat hari raya yang diterima :

Atiqah @ Wilna Chew (UMS KK),  Nur Sakinah (SMK Lohan), Rusdi Belun (SPANS), Imam Razali Abd Rahman (Masjid Pekan Bongawan), Rina Radin (SMK Lohan), Misbahuddin Md Redha (Petagas).

Ak Shafiee Azmey (Taman Sempelang), Nur Ain Lim Abdullah (Takaful Malaysia KK), Dato’ Hj Solahuddin Omar (KL/ Ahli Lajnah Tashih), Hj Sotimin Sarun (MGI JHEAINS), Ust Musally Moksin (BPI JHEAINS).

Metan Julan (SPANS), Najib Abu Samah (Kuching Sarawak), Husni Bikat (Inanam), Ust Bahrul Ulum (KK), Aszianti Hashim (UMS / PSS), Syahirul Fazly Dato Suhaili (WP Labuan), Byran (Tenom).

Hj Amri Suratman (Pengarah JHEAINS), Norlia Datuk Hj Parman (MUIS), Nik Nur Syuhada Nik Abdullah (UMS), Hj Ruslin Abd Samad (Jabatan Akauntan KK), Ak Hasbollah Pg Hassan (WP Labuan).

Saidi Matusin, Salmi Selamat (Bandaran Berjaya), Siti Norhaya Abd Hamid (WP Labuan), Hjh Rahmah (RTM Sabah), Nordin Sakke (UMS), Azizul Julirin (UMS), Marina Chin (Sepanggar), Nor Fitri Abdullah (Politeknik Sepanggar).

Norfatinih Salbado (Keningau), Dr Md Razin Hassan (Hospital Likas), Sufree Wangkee (Hospital Likas), CI Abd Lamat Hj Taman (IPK Kepayan), Ust Md Salam Salleh (Pejabat Mufti Sabah).

Ust Parmin Sahlan (Taman Kingfisher), Ust Ahmad Junid Aling (WP Labuan), Ust Md Sidik Ag Adi (TP JHEAINS), Koperal Jamil Dan (Taman Kepayan), Ali Hj Ahmat (Petagas), Ust Abd Razak Hamdin (JHEAINS Keningau).

Ust Md Khidir Ishak (SM La Salle Tg Aru), Ust Hj Khamis Jamil (Dakwah JHEAINS), Ust Hj Nawir Jonggang (SMK Kolombong), Ust Hj Yakob Jilun (Kg Pintas Beaufort), Ust Baharuddin Alwi (BPS JHEAINS).

Ust Ag Laiman Ikin (K. Belud), Ust Baharuddin Md Daud (SK Darau), Ust Hj Rahimi Dato Ibrahim (UTQ KDN KL), Sarjan Hj Nasip Sarudin (IPD Karamunsing), Lahirul Latigu (DPPNS), Ust Zulhaimi Asbi (Weston Sipitang).

Ust Najion Jamil (BPI JHEAINS), Ust Nik Anwar Zakaria (SMKA KK), Ust Yusuf Muslin (Beaufort), Ust Sarip Adul (PPIB UMS), Ust Ak Yuzie Pg Md Yusuf (Bongawan / Pimping), Ust Saiful Khair Sampon (JAKIM Sabah).

Ust Nasaruddin Ngah (Pahang / Ahli Lajnah Tashih al-Quran), Ust Zulkifli Nawawi (SMKA KK), Ust Sakaria Samela (BP JHEAINS), Ust Zulwaqar Hj Mumtaz (PLD Keningau), Ust Md Syahir Ismail (IP Gaya).

Ustazah Shofiah Ismail (Tambunan), Ibrahim Yong (Masjid Bandaraya), Ust Yusrizal Yusri (UKM Bangi), Ust Hj Arifin Ali (Pejabat Mufti Sabah), Ust Misri Bohari (IP Keningau), Ustazah Noraini Sudirman (Tawau).

%d bloggers like this: