Archive for 19 September 2009


SALAM EIDUL FITRI

IMG_6607

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar wa lillahil hamd.

 

Abu Nuha Corner dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Eidul Fitri kepada semua pelayar, pelawat dan peminat blog ini khususnya mereka yang beragama Islam.

 

Dalam bergembira, jangan dilupa mereka yang ditimpa musibah, sama ada saudara yang jauh atau yang dekat. 

 

Terima kasih atas sokongan semua. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan segala kebaikan kepada kita sepanjang Ramadhan ini dan berterusan sehingga bila-bila. Mohon maaf atas segala ketelanjuran.

 

Insya Allah, blog ini tidak akan bercuti. Raya tetap raya, blog tetap update.

 

SALAM EIDUL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

 

Ikhlas Daripada Kami Sekeluarga :

Hj Muhammad Akmal Othman

Dayang Suzziyana Bongsu

Dayang Nuha Wafiyyah

Hana Sumayyah

Awang Abd Hadi

Lu’lu’ Badriyyah

‘Aina’ Salsabila.

 

………

Terima kasih SMS ucapan selamat hari raya :

Dr Mohd Jeffri (Taman Lok Kawi, Sabindo), Tini & Suami (Taman Sempelang), Khairul Yusri Mat Jusuf (DPPNS), Zulfikar Khomeini (Jabatan Audit Kementerian Kewangan), Ust Junaidi Paumat (SMK Kolombong).

Supt Hj Abd Latif Ibrahim (ADC TYT, Istana Negeri), Pg Ismail Pg Musa (Timb Pendakwa Syarie JHEAINS), Habibah Ismail (BPI JHEAINS KK) & Ust Mazlan Md Zaini (Maahad Tahfiz Perak).

Che’gu Jamil Dayan (Ipoh Perak), Md Naufik Abdullah (MAS KK) & Matusin Abd Rahman (TYDP PAS Kawasan Labuan).

Pengirim SMS hari raya yang diterima akan disiarkan di dalam blog ini.

Malaysian%20Army_2307251143_17fe4391d6_o(1)

Tarikh 16 September setiap tahun, bukan sekadar hari Malaysia dan hari jadi rasmi TYT Sabah. Tarikh itu jugalah negara meraikan ulangtahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tahun ini yang ke-76.

Ketika darjah 4-6 (1989-1991) saya bersekolah agama di kawasan tentera. Namanya Sekolah Rendah Agama Islam Membedai, WP Labuan.

Saya di situ kerana letaknya berhampiran dengan sekolah tempat bapa saya bertugas sebagai pengetua di SMK Membedai. Sementara di SK pula saya di SK Pekan 2, juga ketika darjah 4-6.

Ketika bersekolah agama di situ, pertama kali dalam hidup saya mengenali rakan-rakan yang berasal dari semenanjung. Ketika itu hairan bukan main mendengar dialek percakapan mereka, khususnya mereka yang akhirnya saya kenali dari Kelantan.

Sangat sedikit murid yang berasal dari Labuan atau Sabah. Mungkin saya antara yang terawal anak tempatan bersekolah agama di situ. Mungkin 99 peratus adalah anak-anak tentera.

Saya masih mengingati sebahagian ustaz dan ustazah yang merupakan anggota Kor Agama Tentera (KAGAT) seperti Ustaz Arifin Mat, isterinya Ustazah Norazwa Malek, Ust Sayuti Isman dan Ustazah Terani Dunik.

Kesemuanya sangat berperanan dalam mendidik saya.

Ust Arifin Mat misalnya ketika saya dalam darjah enam, mengambil peperiksaan sijil rendah ugama (SRU) pernah berjanji di dalam kelas untuk memberi hadiah kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan itu.

Saya mendapat 79%, dan kemudiannya menyambung pengajian di SMAI TPHR KK. Sesuatu yang tidak saya jangka, Ust Arifin mengirim sedikit duit pos sebagai hadiah.

Tidak banyak, cuma RM20, tetapi itu cukup mengesankan saya yang bergelar murid khususnya mengingati guru yang saya kasihi seperti beliau.

Kepada nama-nama guru yang saya catatkan di atas, saya tidak tahu mereka kini bertugas di kem mana, kalau ada rezeki ingin benar saya menghubungi mereka.

Kini saya tinggal di Kg Meruntum Putatan, sebuah perkampungan yang berhadapan dengan Kem Lok Kawi.

Hari-hari melewati kawasan ini. Jika ada umur, insya Allah anak saya dijangka akan bersekolah rendah pada tahun hadapan di dalam kawasan kem seperti saya juga.

Semalam saya solat jumaat di Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil Putatan. Dalam khutbah kedua, khatib ada mendoakan keselamatan dan keampunan kepada para pejuang dan prajurit agama ini.

Di dalam hati, saya teringat guru-guru KAGAT dahulu.

Sebelum berangkat untuk solat jumaat pula, kereta saya tidak dapat keluar rumah kerana dihalang sebuah kereta lain, kata mereka milik seorang tentera.

Saya menanti sehingga terlambat sedikit tiba di masjid. Saya menyuruh anak memanggil dan memesankan agar mengalihkan kereta mereka.

Lima minit menanti, anak saya kembali.

“Dia orang bilang tunggu sekejap. Bapa dia tengah makan”.

Almaklumlah, pejuang negara. Mungkin letih berperang.  Kepada para prajurit negara, selamat berjuang.

………..

Terima kasih SMS ucapan selamat hari raya :

Hj Hassan Wahap (JHEAINS KK), Ust Muhasibi Razali (S/U PASTI Kawasan Putatan), Hj Mustafa Salleh (AJK Dewan Ulama Negeri) dan Firdaus Faizal Karim (PPTA JHEAINS Kuala Penyu).

Pengirim SMS yang diterima akan disiarkan dalam blog ini.

%d bloggers like this: