IMG_8267

Saya seronok hadir pada pagi sabtu semalam bersama 108 orang warga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam program Sahsiah Ramadhan mereka untuk tahun ini.

Kali ini mereka mengadakannya di Kompleks Tabung Haji Sembulan selama sehari setengah bermula pagi jumaat dan berakhir tengahari sabtu.

Buat kali ketiganya saya dijemput hadir dalam program AIM Sabah. Semalam saya mengisi satu slot yang lain daripada tajuk-tajuk Ramadhan. Tajuk yang dipohon kali ini ialah huraian daripada surah al-Asr.

Sebagaimana pandangan imamuna al-imam asy-Syafie, bahawa kalau manusia bertadabbur dengan surah ini, sudah memadai.

Surah ini ringkas namun ia merangkumi perkara asas dalam kehidupan manusia serta menjelaskan golongan manusia yang beruntung.

Orang yang beriman, beramal, serta ingat mengingati dengan kebenaran dan kesabaran.

Seronoknya hadir bersama mereka berulang kali kerana ia bukan setakat ceramah demi ceramah. Mereka isi himpunan ini dengan qiyamullail, solat dhuha dan seumpamanya.

Inilah sepatutnya program yang dibuat oleh mana-mana pihak, iaitu memasukkan slot-slot kerohanian dalam majlis mereka, dan bukan membebaskan pesertanya. Siapa mahu qiyam silakan, siapa mahu tidur silakan.

Terima kasih Sdr Muharram yang mengundang, dan  juga buat Puan Nor Hayati РPengurus Wilayah yang turut tekun mendengar ceramah bersama staf mereka yang lain.

(P/s : Tapi semalam, dahsyat betul gelak audien, baik lelaki atau perempuan. Yang penting, manfaat daripada surah al-Asr itu yang diambil, bukan kisah-kisah lucunya saja).

IMG_8268

IMG_8272