Archive for 11 September 2009


 IMG_8234

Pagi tadi pula saya ke surau JKR di Sembulan Kota Kinabalu untuk mengisi program yang sama. Kali kedua berceramah di sini, pertama kalinya lebih kurang pada 3 tahun lalu.

Nampaknya Ramadhan ini jabatan-jabatan kerajaan bersungguh-sungguh mengadakan majlis seumpama ini.

Ceramah berlangsung hampir dua jam dengan tumpuan hampir sama seperti semalam di pejabat MUIS iaitu berkenaan malam al-Qadar.

Walaubagaimanapun, saya tekankan amalan yang sepatutnya dilakukan oleh kaum ibu yang uzur pada 10 malam terakhir.

Ini kerana ramai beranggapan kaum ibu tidak dapat berbuat apa-apa dan kerugian jika haid atau nifas pada seminggu terakhir.

Walaupun mereka tidak dapat mendirikan solat, beriktikaf atau membaca al-Quran, hakikatnya mereka boleh berzikir, bersolawat, bertahlil, bersedekah dan seumpamanya.

Terima kasih atas undangan khususnya Hj Jamari Sikin yang menjemput.

IMG_8235

IMG_8236

IMG_8237

 IMG_8200

Ini kali ketiga saya dipanggil memberi tazkirah di sini.

Saya respek dengan pengurusan di sini yang saban minggu mengadakan tazkirah walaupun ketika ramai staf berada di luar. Walaupun sedikit, ia tetap diadakan. Inilah namanya istiqamah.

Kali ini saya beri tumpuan kepada tajuk nuzul al-Quran dan malam al-Qadar, satu malam yang dinanti-nanti oleh orang yang beriman. Manakala orang Islam yang menganggap puasa sekadar  rutin, ia tidak menanti pun saat penting ini.

Yang ditunggu mereka ialah berakhirnya Ramadhan dan tibanya hari raya.

Baiknya Nabi SAW memberikan petunjuk-petunjuk tentang tarikh malam al-Qadar. Mula-mula motivasi Nabi agar kita menghidupkan malam-malam Ramadhan. Kata Nabi SAW, dosa lalu boleh terampun dengannya.

Kemudian Nabi tunjuk lagi 10 malam terakhir yang perlu diberi tumpuan khusus, sehingga baginda berenggang dengan isterinya.

Nabi SAW khususkan lagi kepada malam-malam ganjil, sebelum baginda sebutkan malam 27 Ramadhan.

Mula-mula 30, kemudian 10, berikutnya 5, terakhir 1. Bantuan sudah Nabi hulurkan, hanya kita lagi yang perlu melakukannya.

Terima kasih semua staf Majlis Ugama. Tingkat 5 dan 9 tidaklah terlalu jauh.

IMG_8193

IMG_8196

IMG_8198 

%d bloggers like this: