IMG_7949

Setelah selesai berprogram di SMKA Mohammad Ali sekitar asar, kami bertolak keluar menuju ke Kundasang pula.

Buat kali keduanya, saya sampai ke kampung ini. Kali pertama hadir bersama rakan-rakan seusrah hampir dua bulan lalu dan bermalam di sini.

Kali ini pula, kami menyertai majlis sungkai di Surau an-Nur. Majlis berkenaan oleh seorang tokoh korporat.

Beliau bermurah hati menyumbangkan juadah untuk seramai 100 orang. Itu tidak termasuk bantuan barangan dapur yang disumbangkan oleh Yayasan Amal Malaysia untuk mereka yang memerlukan.

Dalam sembang singkat bersama penduduk kampung, kata mereka ini kali ketiga mereka dapat bersungkai bersama-sama. Sebelum ini, majlis yang sama diadakan oleh pejabat ADUN – Datuk Hj Masidi Manjun dan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Selepas ini pula khabarnya, Pusat Latihan Islam (PLI) akan berkunjung ke mari dalam tempoh terdekat. Murah rezeki mereka kali ini.

Insya Allah, pada masa akan datang kami akan berkunjung lagi dan mudah-mudahan sumbangan itu dikembangkan lagi ke kampung-kampung berdekatan.

Tolong doakan ahli-ahli korporat yang beriman dan bertaqwa ini agar rezeki mereka dimurahkan oleh Allah SWT, nanti boleh bersedekah lagi.

Selesai maghrib, kami berangkat pulang meninggalkan penduduk kampung bersama rombongan Yayasan Amal Malaysia yang bermalam di sana. Jadual asal saya menyampaikan tazkirah di sini saya serahkan kepada rombongan mereka.

IMG_7945

IMG_7947