Archive for 4 September 2009


CERAMAH DI JPSM

IMG_7754

Pagi ini saya hadir buat kali ketiga di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Kementerian Pembangunan Sumber & Kemajuan Teknologi Maklumat di Wisma Bandaraya. Tajuk yang diminta kali ini ialah berkenaan al-Quran sebagai panduan hidup.

Terdahulu, saya sampaikan beberapa hadith berkenaan kelebihan membaca al-Quran.

Hadith berkenaan bab ini terlalu banyak, tetapi saya bacakan kepada audien beberapa hadith sahaja sebagai motivasi dan ransangan agar lebih lagi membacanya.

Sama ada yang langsung buta huruf, atau baca merangkak, ataupun yang sudah pandai sewajarnya memperbaiki dan menambah lagi kualiti penguasaan mereka keatas al-Quran. Ramadhan ini adalah titik permulaannya, jika belum bermula.

Selain daripada itu, memenuhi tajuk yang diminta, saya mengutarakan beberapa ayat al-Quran yang merujuk kepada panduan-panduan hidup sebagai seorang muslim.

Antaranya berkenaan hidup berkeluarga, prinsip asas anak angkat, adab bertamu, menangani khabar angin, ujian hidup dan kematian.

Ceramah berakhir dengan soal jawab dan selesai pada 10.30 pagi.

IMG_7753

IMG_7752

IMG_7745

Semalam saya hadir pula di Hospital Likas.

Walaupun tidak asing dengan hospital ini kerana 4 cahayamata dilahirkan di sini, inilah pertama kali saya menyampaikan ceramah di hadapan jururawat, beberapa doktor dan staf perubatan yang lain.

Ceramah ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Negeri Sabah (PERKIPS) dengan cawangan Hospital Likas diketuai oleh Sdr Paduka Rani.

Beberapa hadith saya utarakan dalam ceramah lebih sejam itu. Sempat juga saya memberikan beberapa hadith-hadith motivasi berkenaan zikir-zikir harian. Nampaknya ramai yang berminat.

‏مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ في صَباحِ كُلّ يَوْمٍ وَمَساءِ كُلّ لَيْلَةٍ، بسْمِ اللَّهِ الَّذي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا في السَّماءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيم، ثَلاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّه شَيْءٌ

“Seorang hamba yang membaca doa ini pada waktu pagi dan petang setiap hari sebanyak 3 kali, tidak akan dimudharatkan oleh sesuatu [Dengan nama Allah, tidak memudharatkan sesuatu yang ada di langit dan di bumi jika beserta namaNya. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui]

Tidak ketinggalan, buat pertama kalinya saya tampilkan video korporat terkini Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Sabah untuk tatapan dan renungan bersama. Ia memaparkan program setahun aktiviti PUM Sabah sejak julai 2008 hingga ogos 2009.

Terima kasih PERKIPS khususnya Sdr Sufree Wangkee yang telah membuka ruang untuk kita membina hubungan baik ini.

Harapnya, usaha baik mereka mengadakan ceramah ini bukan setakat Ramadhan sahaja. Insya Allah, ada umur bertemu lagi.

IMG_7749

IMG_7750

%d bloggers like this: