Archive for 3 September 2009


j1

Tarikh ini, pada 3 tahun lalu buat pertama kalinya diadakan Program Peningkatan Daie anjuran bersama JAKIM Sabah dan Masjid Negeri Sabah.

Program berkenaan diadakan di bilik kuliah Masjid Negeri Sabah dan dibimbing oleh Tuan Hj Nicholas Sylvester Abdullah selama dua hari, 2-3 September 2006.

Saya bersama rakan-rakan lain menyertai program ini buat julung kalinya dan dalam keadaan terlalu lemah dan hampir zero pengetahuan tentang agama Kristian.

Hari ini pula, saya menerima selonggok buku Asas Ajaran Kristian Menurut Perspektif Islam cetakan kali kedua yang merupakan hasil himpunan powerpoint program berkenaan. Cetakan pertama habis dan laris sepanjang tahun lalu.

Buku yang merupakan buah tangan pertama Hj Nic dan Ust Abdullah Din ini tidak kami jual di pasaran terbuka, tetapi dipromosi melalui ceramah-ceramah, kuliah-kuliah dan kursus seumpama ini.

Sebagaimana kata Ust Hj Nahar dalam aluannya di muqaddimah buku ini, para daie dan NGO Islam perlu menyambut usaha untuk memahamkan masyarakat khususnya para pelajar dan remaja dalam meningkatkan aqidah Islamnya.

Berhadapan dengan serangan kristianisasi yang tidak pandai berkesudahan menyebabkan kita mesti memikirkan sesuatu untuk menangkis dakyah mereka.

Buku ini menjelaskan tentang hakikat kristian dan bible itu sendiri. Pembaca akan diajar tentang asas dan kaedah membuka bible dan menyelongkar penyelewengan dan pertembungan di dalamnya.

Hubungi kami untuk mendapatkan buku ini. Harganya semurah RM20 sebuah berbanding ilmu yang dihidang di dalamnya!

_39115762_evacuees_ap203

Umat Islam di Mindanao telah sekian lama menjadi pelarian di negara sendiri.

Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan dari agensi Pertubuhan Bagsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih daripada 500,000 orang umat Islam Mindanao telah menjadi pelarian akibat pertempuran antara tentera Filipina dan Moro Islamic Liberation Front (MORO).

Mereka ini tinggal di khemah-khemah, dewan-dewan sekolah dan di mana-mana sahaja tempat yang boleh dijadikan tempat berteduh. Bantuan daripada umat Islam amat diperlukan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

Pengarah Program Rayuan Untuk Mindanao – Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, Tuan Haji Khairan Untoh berkata, program ini akan dijadikan program yang berterusan dalam usaha membantu umat Islam di Mindanao yang miskin dan menjadi mangsa akibat pertembungan antara pihak kerajaan dan MORO.

Perhatian serta bantuan dari badan-badan NGO amat penting dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mereka khususnya dalam keadaan umat Islam yang sedang berpuasa dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Katanya lagi, bantuan dari negara-negara jiran khususnya daripada umat Islam di Malaysia amat diperlukan.

Sabah yang merupakan negeri paling hampir dengan Mindanao merupakan lokasi yang sesuai sebagai pusat pengumpulan bantuan bagi disalurkan kepada umat Islam di sana.

Beliau berkata, sumbangan akan disampaikan terus kepada Umat Islam di Mindanao oleh wakil AMAL Sabah di sana.

Kepada mereka yang berminat, bolehlah menyalurkan bantuan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) no. akaun 10016010054313.

Sebarang persoalan boleh menghubungi pihak sekretariat “Program Rayuan Untuk Mindanao” di talian 0198024970.

610x

%d bloggers like this: