IMG_7658

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pengurusan Surau Riyadhus Solihin Taman Austral yang masih komited menyediakan juadah sungkai untuk tahun ini.

Saya difahamkan, ketika majlis ini dimulakan beberapa tahun lalu, ia hanya diadakan pada hujung minggu sahaja.

Kalau tidak salah, ini baru tahun ketiga mereka mengadakan majlis sungkai untuk setiap hari. JK boleh betulkan jika saya tersilap

Pernah saya catatkan, JK Surau telah menyediakan juadah sungkai ini untuk 100 orang sehari.

Harus dimaklumi, ini surau dan bukan masjid. Mereka tiada pendapatan jumaat seperti mana masjid-masjid yang lain. Kelebihan mereka ialah jamaah yang ikhlas untuk sama-sama menyumbang dan mengimarahkan surau ini.

Catatan pada borang untuk menaja program sungkai ini sedikit demi sedikit penuh diisi oleh para  jamaah.

Ada yang mencatat nama sekali, ada yang dua kali dan ada yang enam kali dengan satu sumbangan sekurang-kurangnya RM100 sahaja untuk sekali. Kos sungkai sehari adalah sebanyak RM500 sahaja.

Ada juga yang terus memborong sehari sekaligus dengan kos RM500.

Semalam saya hadir sekejap ke surau tersebut. Tidak menghadiri majlis sungkai, tetapi cuma mengambil foto sempena majlis tersebut.

Majlis sungkai semalam diserikan dengan kehadiran Ust Nasir Zakaria dari Kedah. Al-Fadhil Ustaz telah mengambil sedikit ruang untuk menyampaikan tazkirah berkenaan bulan Ramadhan dan peranan umat Islam.

IMG_7648

 

IMG_7654

IMG_7664

IMG_7663

IMG_7665