Archive for 30 Ogos 2009


IMG_7669

Dua kali bertemu mereka.

Pertamanya mereka hadir lewat petang jumaat lalu ke pejabat di JHEAINS, dan kali kedua kami mereka mengundang kami berbuka puasa bersama di Restoran BTC Inanam petang semalam.

Ada beberapa perkara tujuan pertemuan itu.

Antaranya menyampaikan hasrat murni Saba Islamic Media untuk mengedarkan al-Quran dan terjemahan berbahasa inggeris di hotel-hotel secara percuma khususnya hotel 4 dan 5 bintang di Sabah.

Program serupa mereka telah lakukan di Semenanjung Malaysia dan mereka berhasrat untuk melebarkan ibadah itu ke Sabah dan Sarawak pula.

Menurut keterangan Puan Sabariah Abdullah (Pengarah Urusan Saba Islamik Media) dan Puan Juhaidan Md Zaib (Pembantu Khas), 70-80% dana projek ini ditaja oleh para korporat muslim prihatin dari seluruh negara, manakala bakinya ditaja oleh jabatan-jabatan agama dan baitulmal negeri-negeri.

Saya tidak tahu apa pendirian pihak pengurusan JHEAINS kerana Puan Sabariah belum bertemu lagi. Walaubagaimanapun saya positif, secara dasarnya perkara baik ini akan disokong oleh jabatan kami.

Saya meminta Puan Sabariah menulis surat pula kepada Pengarah JHEAINS untuk memaklumkan projek mereka ini. Jika ia diterima dengan hati terbuka oleh JAKIM di Semenanjung, tiada sebab pihak JHEAINS hendak menolaknya.

Mungkin perbincangan daripada segi teknikal sahaja perlu diperincikan. Maklumlah, berapa kerat saja hotel-hotel ini dimiliki oleh orang Islam.

Sebenarnya projek ini perlu disokong oleh umat Islam.

Puan Sabariah telah menunjukkan kepada saya beberapa salinan keratan surat penghargaan, pujian dan terima kasih yang mereka terima dari seluruh dunia daripada pengunjung yang menginap di hotel yang mempunyai naskhah al-Quran dan terjemahan ini.

Bahkan banyak hotel yang meminta tambahan naskhah al-Quran dan terjemahan ini kerana ada penginap hotel yang membawa balik naskhah yang disediakan di bilik hotel.

Selain projek al-Quran di hotel, mereka juga punya projek-projek lain yang dibincangkan khususnya penubuhan cawangan Saba Islamic Media di Sabah.

80% jualan buku syarikat Saba Islamic Media adalah dalam bahasa inggeris manakala bakinya berbahasa melayu. Ini kerana kebanyakan buku adalah buku yang diimport dari negara luar.

Mudah-mudahan usaha mereka dipermudahkan oleh Allah SWT. Sesiapa yang membantu agama Allah ini, Allah SWT pasti menolongnya serta menetapkan pendirian mereka di atas Islam. Layari laman web mereka di sini.

(Sedap juadah berbuka puasa di Restoran BTC ni. Menunya pelbagai dan harganya.. saya tak tau. Sebab Puan Sabariah yang bayar. Terima kasih).

IMG_7658

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pengurusan Surau Riyadhus Solihin Taman Austral yang masih komited menyediakan juadah sungkai untuk tahun ini.

Saya difahamkan, ketika majlis ini dimulakan beberapa tahun lalu, ia hanya diadakan pada hujung minggu sahaja.

Kalau tidak salah, ini baru tahun ketiga mereka mengadakan majlis sungkai untuk setiap hari. JK boleh betulkan jika saya tersilap

Pernah saya catatkan, JK Surau telah menyediakan juadah sungkai ini untuk 100 orang sehari.

Harus dimaklumi, ini surau dan bukan masjid. Mereka tiada pendapatan jumaat seperti mana masjid-masjid yang lain. Kelebihan mereka ialah jamaah yang ikhlas untuk sama-sama menyumbang dan mengimarahkan surau ini.

Catatan pada borang untuk menaja program sungkai ini sedikit demi sedikit penuh diisi oleh para  jamaah.

Ada yang mencatat nama sekali, ada yang dua kali dan ada yang enam kali dengan satu sumbangan sekurang-kurangnya RM100 sahaja untuk sekali. Kos sungkai sehari adalah sebanyak RM500 sahaja.

Ada juga yang terus memborong sehari sekaligus dengan kos RM500.

Semalam saya hadir sekejap ke surau tersebut. Tidak menghadiri majlis sungkai, tetapi cuma mengambil foto sempena majlis tersebut.

Majlis sungkai semalam diserikan dengan kehadiran Ust Nasir Zakaria dari Kedah. Al-Fadhil Ustaz telah mengambil sedikit ruang untuk menyampaikan tazkirah berkenaan bulan Ramadhan dan peranan umat Islam.

IMG_7648

 

IMG_7654

IMG_7664

IMG_7663

IMG_7665

%d bloggers like this: