IMG_7625

Kami ada 3 pasang arnab dewasa.

Awal petang semalam, 2 daripada 3 ekor arnab betina beranak dalam masa hampir serentak. Prosesnya bermula sekitar jam 2 petang dan anak terakhir lahir sekitar jam 4.

Arnab pertama melahirkan 7 ekor dan kemudian 5 daripadanya mati.

Kelahiran yang tidak kami jangka, menyebabkan kami sedikit terlalai. Biasanya, arnab akan melahirkan pada sebelah malam, atau awal pagi.

Daripada 7 ekor, 4 daripadanya mungkin mati terpijak, sementara seekor lagi agak lemah dan hanya sempat hidup sehingga ke malam.

Arnab kedua pula beranak juga 7 ekor. Kebetulan saya sudah berada di rumah, alhamdulillah, sehingga kini semuanya sihat.

Dalam tempoh 2 hari ini, kami susukan 9 bayi arnab itu dengan dua ekor ibunya secara bergilir-gilir. Dua  kali sehari, sebelah pagi dan petang sekali.

Ini kali kedua arnab kami beranak. Pertama kali akhir tahun lalu, tetapi semuanya mati dalam tempoh sebulan. Mudah-mudahan kali ini membiak dengan baik.

Saya ada menyimpan hasrat untuk mengumpul arnab sebanyak mungkin berdasarkan kemampuan kami sekeluarga.

Baru dapat anak kelima hampir sebulan, kali ini dapat anak arnab 9 ekor pula. Gembiranya.

IMG_7615