IMG_6992

Ini adalah sesi yang tidak termasuk dalam jadual asal program.

Undangan disampaikan oleh Ust Ahmad Abrian, guru agama yang juga warden di asrama berkenaan. Ust Ahmad adalah senior di SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah dahulu.

Selepas di SMAI TPHR, abang Ahmad menyambung pengajian di KUSZA Terengganu pada 1993-1996 dan kemudiannya ke UPM (1998-2000).

Sejak 9 tahun lalu, abang Ahmad bertugas di sekolah ini sehingga sekarang, bersama isterinya yang juga mengajar di sini. Sehingga kini mereka dikurniakan 3 orang cahayamata.

IMG_7003

SMK Pitas mempunyai seramai 836 pelajar dengan lebih 500 daripadanya beragama Islam. Walaubagaimanapun, yang menginap di asrama hanya lebih 100 orang.

Abang Ahmad hanya memberitahu jemputan pada subuh berkenaan, memohon saya bercakap sedikit kepada para pelajar asrama yang hadir sekitar 80 orang.

Mahu bercakap ringkas di surau al-Hidayah, tetapi akhirnya menjangkau masa sejam juga.

Saya sebutkan kepada adik-adik di sana tentang beberapa perkara. Soal aqidah yang kukuh, ketaatan kepada ibu bapa yang telah mengandung dan membesarkan, mendirikan solat serta melakukan ibadah umum yang lain.

Saya juga menekankan kepada mereka betapa mereka perlu membela masyarakat dengan bersungguh-sungguh menuntut ilmu.

Apabila mereka mempunyai ilmu yang tinggi, lebih mudah mereka memperjuangkan masyarakat mereka dan tidak mudah diperalatkan orang.

IMG_6993

IMG_6999

IMG_7009

IMG_7010

IMG_7011