Kami bertiga tiba di surau sekitar 7.05 malam.

Saya perhati, jamaah berada di luar surau. Entah mereka baru sampai atau hendak pulang, kerana kami terlambat tiba.

Saya dimaklumkan di kampung ini terdapat ramai juga saudara kita. Saya berbesar hati dapat hadir ke surau mereka.

Bahkan saya mendapat tahu kemudiannya, ada sekumpulan mereka yang berjalan kaki sejam lamanya untuk ke surau bagi menikmati ceramah malam itu. Mereka sudah bersiap dan bergerak ke surau seawal jam 4 petang.

Di hati saya sedikit rasa bersalah kerana terlambat. Mujur kami tiba mereka belum pulang. Moral yang saya perolehi malam itu ialah, mereka sangat memerlukan bimbingan.

Saya berharap PPTA JHEAINS Pitas nampak isyarat itu. Guru-guru agama dari sekolah berhampiran juga diharap dapat membantu memberi kuliah mingguan kepada mereka. Tolonglah!

Ceramah saya tidak lama, sekitar 40 minit sahaja. Membangkitkan semangat mereka untuk menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.

Sikap dan emosi sebagai orang Islam bagi menghadapi Ramadhan juga mesti dipersiapkan. Ertinya, bersedia, bergembira dengan hadirnya Ramadhan yang penuh dengan tawaran istimewa.

Terima kasih kerana sudi menerima kami malam itu. Sehabis solat isyak, kami menghantar sekumpulan mereka yang datang jauh tadi pulang ke rumah.

IMG_6974

IMG_6976

IMG_6978