MENYELAMI HATI DAN JANTUNG RAKYAT

Selepas dari rumah keluarga Allahyarham Ust Ismail, kami berpatah balik ke Kg Berasan Taka.

Sebenarnya, sebelum ketibaan kami ke Kg Kalumpang, kami tersesat simpang jalan menuju ke Kg Berasan Taka dan tidak tahu arah ke Masjid Kg Kalumpang, lokasi asal yang patut dituju.

Kami bertanya jalan kepada salah seorang yang kami temui, yang rupa-rupanya adalah imam qaryah Kg Kerasik, yang juga salah seorang tenaga pengajar kelas muallaf di Masjid Kg Kalumpang.

Kebetulan lalu dan masuk ke Kg Berasan Taka ini, saya melihat rumah-rumah beratap dan berdindingkan daun nipah.

Di hati saya, lebih baik saya sampaikan sebahagian barangan dapur ini ke rumah-rumah yang ada di sini nanti, seusai slot di Masjid Kalumpang dan di rumah Allahyarham Ust Ismail.

Rumah pertama, ialah Puan Saimah berumur 60 tahun dan berbangsa dusun lotud. Beliau memeluk Islam pada 31 Oktober 1998. Suaminya pula bernama Sulin Sani, daripada suku sungai. Dalam rumah ini terdapat 11 orang penghuni.

Rumah kedua, seorang balu Puan Jalminah, juga berumur 60 tahun, suku sungai. Suaminya meninggal dunia awal tahun ini. Di dalam rumah ini beliau tinggal bersama 7 yang lain, anak dan cucunya.

Rumah ketiga, Ramlan Marudin dan Rusidah suami isteri berumur 23 tahun dan baru seorang anak. Ramlan mencari rezeki sebagai nelayan, sementara Rusidah menjahit atap nipah.

Sekeping atap yang diusahakan bermula daripada mencari, menebang hinggalah menjahit dengan ukuran atap 6 kaki, mereka hanya memperolehi 60 sen sahaja. Purata pendapatan mereka sekitar RM200 sahaja sebulan.

Rumah keempat, Puan Jambangan Mumukan juga berumur 60 tahun, berbangsa bajau kagayan. Di rumah ini beliau tinggal bertiga bersama cucunya.

Beliau baru 4 bulan di rumah yang dibuat sendiri bersama anak menantunya. Sebelum ini Puan Jambangan tinggal bersama menantunya, tidak jauh dari situ.

Rumah kelima, Puan Madayang Sambein, berumur 91 tahun berbangsa sungai. Nenek ini suka benar bercerita tentang zaman mudanya. Katanya ketika zaman Jepun, beliau sudah dewasa dan berumur lebih 30 tahun.

Beliau punya dua anak sahaja, salah seorangnya tinggal di sebelahnya juga seorang warga emas berumur 61 tahun.

Anak beliau ini Dumsuddin Dundoi menjadi rumah keenam dan terakhir kami menyampaikan sumbangan di kampung ini.

Pakcik Dumsuddin adalah ahli UMNO, dan dia berbangga benar dengan UMNOnya. Apabila saya bertanya, pernahkah ADUN di sini melawat ke kampung ini, beliau mencebik marah.

Kami banyak mendiamkan diri dan hanya sesekali bertanya menyelami perasaan masyarakat sepertinya. Beliau sendiri meluahkan cerita-cerita dan pengalaman hidupnya.

Katanya YB memang susah ditemui dan tidak berjumpa rakyat sepertinya. Tambahan pula, ADUN yang dimaksudkannya itu kerap dikelilingi pengikut-pengikutnya menyebabkan orang susah bertemu.

Sebagai orang kampung warga emas sepertinya hanya menanti bantuan RM300 setiap hujung bulan. Duit itulah buat belanja sebulannya bersama keluarga.

Walaupun dia ahli UMNO dan mempertahankan keUMNOannya, secara jujur dia melihat, persaingan politik pada pilihanraya akan datang sangat sengit.

“Silap-silap, nanti kena hentam oleh KeADILan..”

Benarlah, kemiskinan dan kejahilan menjadi alat bagi pemerintah yang jahat untuk memperguna dan memperbodoh-bodohkan rakyat. Kasihan mereka.

Rakyat miskin seperti mereka gembira dengan bantuan dua tiga ratus sebulan, sedangkan pemimpin yang mereka sokong, bergelumang dengan harta dan duit beribu dan berjuta jumlahnya.

Sebahagian mereka hidup bergelap pada waktu malam tanpa bekalan api, sementara yang mampu sedikit menyambung wayar dari rumah jiran.

Masa sudah 4.30 petang. Kami berangkat ke lokasi berikutnya, untuk program yang lain pula.

Terima kasih para penyumbang, terima kasih Imam Haris Lair yang mengatur dalam masa yang singkat.

 
Puan Saimah

Puan Saimah

Rumah Puan Saidah

Rumah Puan Saimah

Laluan ke rumah Puan

Laluan ke rumah Puan Jalmiah

Ziarah ke rumah Ramlan dan Rusidah

Ziarah ke rumah Ramlan dan Rusidah

Rusidah menerima sumbangan disampaikan oleh Ust Kamal

Rusidah menerima sumbangan disampaikan oleh Ust Kamal

Pondok Nenek Jambangan

Pondok Nenek Jambangan

Nenek Jambangan bersama salah seorang cucunya yang setia menemaninya setiap hari

Nenek Jambangan bersama salah seorang cucunya yang setia menemaninya setiap hari

Pakcik Dunsudin, 61 bersama ibunya Nenek Madayang 91 tahun

Pakcik Dunsudin, 61 bersama ibunya Nenek Madayang 91 tahun

Merenung poster ADUN yang bertampal di rumah ibunya

Merenung poster ADUN yang bertampal di rumah ibunya

Aslam menyampaikan sumbangan buat nenek Madayang

Aslam menyampaikan sumbangan buat nenek Madayang