Archive for 11 Ogos 2009


2 BABY BARU

Abu Nuha Corner sekeluarga mengucapkan tahniah, mabruk keatas dua orang sahabat yang menerima cahayamata terbaru mereka.

Ust Zulhazmi dan Ustazah Noriah selamat menimang cahayamata ke-7 pada tengah malam 9 Ogos di klinik swasta di Luyang. Kini mereka ada 5 lelaki (termasuk yang baru) dan 2 perempuan.

Sementara itu, sahabat saya di Kundasang Ust Hj Azlan Bakri bersama Ustazah Khairunnisa Lokman selamat menerima kehadiran cahayamata puteri pula.

Nisa selamat bersalin jam 2 pagi tadi di Hospital Ranau dengan berat 3.1kg. Demikian sms Azlan kepada saya pagi tadi. Sebelum ini mereka ada 2 hero kembar yang mereka timang sekembali dari Mesir beberapa tahun lalu.

Kebelakangan ini juga saya dikhabarkan dengan berita gembira daripada rakan-rakan yang bakal menerima cahayamata berikutnya sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Ust Zulfauzi, Ust Baharuddin MD, Ust alBelurani, Pak Ngah dan Hj Alimin bersama isteri masing-masing. Insya Allah kita meramaikan pengundi dan umat Nabi SAW.

IMG_1827

Bersebelahan dengan tempat letak kereta Hospital Queen Elizabeth, di jalan bypass selepas terowong terdapat sebuah perkampungan lereng bukit bernama Kg Kopungit.

Setahu saya majoriti penduduk kampung ini bukan beragama Islam khususnya kristian pelbagai mazhab. Statistik rasmi saya tidak miliki, tetapi saya pernah diberitahu bahawa penduduk Islam adalah minoriti.

Di kampung ini, terdapat beberapa gereja dan sebuah surau. Sangat mendukacitakan bahawa surau yang letaknya di lereng bukit benar-benar berhadapan bulatan QEH selalu lengang daripada kunjungan orang.

Ketika bertugas di Istana Negeri satu masa dulu, saya pernah menjemput wakil penduduk Islam di sana untuk hadir dalam program usrah istana, tujuannya untuk memujuk dan mengambil hati mereka agar mengimarahkan kembali surau mereka, tetapi tidak berhasil.

Ketika dua jiran mereka iaitu Masjid Negeri di sebelah kiri dan Surau Taman Austral di arah kanan bergerak aktif dengan pelbagai program, mereka kekal dengan keadaan kosong itu.

Bukan tidak pernah diikhtiarkan.

Beberapa sahabat pernah hadir ke surau khususnya malam jumaat beberapa kali, membaca yasin menggunakan corong pembesar suara yang dihalakan keluar, dengan harapan ada jamaah yang turun, tetapi nampaknya tiada yang berminat.

Rakan-rakan tidak pernah jemu.

Ahad lalu, rakan-rakan Unit Amal Putatan, Nisa dan Surau Austral dengan kekuatan 20 orang memujuk lagi. Kali ini dengan memberikan bantuan khususnya mencantikkan semula surau mereka dengan mengecat dan alas karpet yang baru.

Semuanya hasil sumbangan ramai pihak yang bermurah hati demi melihat agar Islam di kampung ini tidak terbiar dan merudum begitu sahaja.

Insya Allah, minggu ini mereka dijangka menyampaikan sumbangan barang dapur pula kepada 15 keluarga di sana. Mereka yang ingin terlibat sama sebagai penyumbang boleh menghubungi Ust Azman Mustafa 013-8572089.

Ada gambar-gambar menarik di sini.

%d bloggers like this: