Archive for 7 Ogos 2009


 

 

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

قال الرسول صلى الله عليه وسلم

  صنفان من أهل النار لم أرهما ، قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس، ونساء كاسيات عاريات ، مائلات مميلات ،رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة ، لا يدخلن الجنة و لا يجدن ريحها ، وإن ريحها يوجد في مسيرة كذا وكذا

“Ada dua golongan dari ahli neraka, yang belum aku saksikan. 

Pertama, suatu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia.

Kedua, wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka bertelanjang, yang menanggalkan tutup kepala, yang menarik kepada maksiat. Kepala (rambut) mereka diikat seperti bonggol unta.

Mereka ini tidak akan memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan bauannya dapat dihidu dari jarak sekian-sekian”. -(Hadis Muslim)

Artikel penuh di sini :

http://tuanibrahim.blogspot.com/2009/08/amaran-rasulullah-kepada-fru.html

IMG_6483

Alhamdulillah, malam tadi kami sekeluarga selamat mengadakan kenduri kesyukuran diatas kelahiran anak yang ke-5.

Kenduri yang diadakan tepat seminggu isteri saya bersalin, dihadiri oleh rakan-rakan seusrah saya dan dipimpin oleh Tuan Guru Ust Hj Muchlish Ali Kasim.

Majlis dimulakan dengan sedikit tazkirah oleh Tuan Guru Ustaz, upacara merasmikan nama, tahnik, bergunting rambut, doa dan jamuan.

Tuan Guru Ust Hj Muchlish menyentuh tentang kaedah, fadhilat dan hikmah amalan menyambut kelahiran, bermula dengan azan, iqamah, aqiqah, tahnik, memberi nama yang baik, bergunting & bercukur juga pendidikan yang baik kepada anak-anak.

Kami juga memberi ruang kepada seluruh yang hadir untuk mengambil fadhilat menggunting rambut si anak, sebelum saya akan menyelesaikannya dengan mencukur botak sekejap lagi.

Terima kasih kepada ahli-ahli usrah yang hadir. Mohon maaf tidak dapat menjemput kesemua rakan dan sahabat yang lain. Majlisnya sederhana saja dan bajet pun cukup makan..

“Wahai anak, kami namakan kamu dengan nama yang diberikan oleh Allah SWT : ‘AINA’ SALSABILA. Mudah-mudahan nama ini sesuai dengan dirimu, menjadi anak yang solehah, menjadi pejuang kepada agama ini, berbakti kedua orang tuamu, keluarga dan masyarakat”.

IMG_6471

IMG_6473

IMG_6477

IMG_6481

IMG_6490

IMG_6496

Mudah-mudahan jadi doktor...

Mudah-mudahan jadi doktor...

IMG_6446

Jam 5 petang rabu, saya mengisi program Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sempena sambutan Nisfu Sya’ban kali ini.

Program diadakan di Surau Kompleks Tabung Haji, Jalan Sembulan bersama kira-kira 30 orang pegawai, kakitangan dan ahli keluarga mereka diketuai oleh pengarah mereka.

Isi ceramah saya berlegar diantara dua perkara utama. Amalan dalam bulan Sya’ban dan persediaan menyambut bulan Ramadhan.

Masa yang sedikit itu saya jelaskan secara ringkas tentang hakikat amalan yang berlegar dalam bulan sya’ban seperti berpuasa, kenduri arwah, yasin 3 kali, dan sebagainya.

Begitu juga persediaan menyambut Ramadhan seperti mengqadha puasa lalu, persediaan ilmu hukum hakam puasa, fadhilat beramal, persediaan kewangan, kesihatan dan sebagainya.

Terima kasih atas kesempatan yang diberikan khususnya kepada Hj Thazali Sahri yang mengundang saya pada pagi berkenaan.

IMG_6448

%d bloggers like this: