Sebenarnya sudah lama saya menyimpan hajat untuk bertemu para imam qaryah, tidak kira dari daerah mana.
Jadi, peluang menyampaikan ceramah di hadapan 119 orang imam qaryah dan rawatib daripada sejumlah 169 orang imam Kota Belud, adalah satu kesempatan yang sangat baik.
Pada zaman dahulu, imam qaryah adalah segala-galanya. Pengaruhnya lebih berbanding namanya ketua kampung atau penghulu.
Bukan setakat imam solat dan kenduri kendara, imam adalah tempat masyarakat kampung mengadu masalah suami isteri, kecurian, masalah kewangan dan sebagainya.
Saya kurang maklum adakah situasi berkenaan masih wujud kini. Saya suka bertemu mereka untuk bertukar pandangan.
Mereka adalah orang yang duduk dan hidup bersama jantung rakyat khususnya orang kampung, bukan duduk di pejabat di bawah penghawa dingin, menunggu orang datang mengadu itu dan ini.
Semalam saya dijemput lagi ke Kota Belud untuk program yang sama seperti 2 minggu lepas. Bezanya kali ini pesertanya seluruh imam-imam Daerah Kota Belud.
Programnya berlangsung sekitar 3 jam di Masjid Daerah Pekan Kota Belud.
Ia didahului oleh perasmian sahabat saya, Penolong Pegawai Tadbir Agama (PPTA) JHEAINS Kota Belud Ustazah Fatimawati Adlin dan taklimat oleh Imam Daerah Hj Madli Mansur sebelum saya mengambil tempat.
Pembentangan kertas kerja memakan masa sejam, sebelum praktikal selepas masa rehat.
Perkara yang paling dititik beratkan dalam pengurusan solat tarawih ialah ketenangan dalam melakukan ibadah, tidak tergesa-gesa hendak cepat habis.
Ada di kalangan imam pula terikut-ikut rentak jamaah hendak cepat menamatkan solat tanpa mengambil kira panduan dan ketetapan agama.
Selain itu, ketepatan sebutan serta adab bersolawat juga disebut sama. Solawat yang dilontarkan biarlah lurus, beradab tetapi bersemangat.
Di sinilah peranan imam dan bilal dalam majlis solat tarawih untuk menarik hati jamaah agar mereka konsisten bertarawih hingga ke akhirnya.
Mudah-mudahan Allah SWT menemukan kita dengan Ramadhan pada tahun ini. Cuma 2 minggu lagi.
Allahumma ballighna Ramadhan…
Akum,wrr,wbt? Kepada semua Imam-Imam seangkatan,segala pandangan Us Abu Nuha.Saya amat menyokongnya.. Namun bila diperkatakan imam sahaja,bagi saya amat banyak yang perlu diperjuangkan. Bagi menaikkan taraf,dalam pelbagai sudut.. Antaranya,saya sangat-sangat mengharapkan kepada kerajaan malaysia dapat memandang dengan serius,mengenai permasahalaan imam-imam diseluruh malaysia.. Imam bukanlah malaikat,ianya memerlukan asbab untuk meneruskan perjuangan didalam kehidupan.. Jika penjawat-penjawat yang lain mampu diserapkan serta ditetapkan,mengapakah imam-imam tidak mampu dilakukan sedemikian. Agama rasmi malaysia Islam,kita harus perjuangkan martabat agama hingga ke puncaknya. Jangan hingga bila-bila jawatan imam hanya sementara,kontrak dan sebagainya. Keistimewaan sebagai kakitangan kerajaan perlu dirasai bersama dengan secara adil dan saksama… Jawatan Imam adalah lebih utama,untuk duiberikan perhatian. Jika seorang guru,yang bekerja selama 8 jam sehari. Mampu menerima imbuhan gaji tidak kurang 1k,imam yang bertugas selama 24 jam,dijemput pada bila-bila masa bagi mengurus tadbir ummah hanya berpendapatan dibawah paras kemiskinan.. Bukan takat tu ja,jabatan agama patut menyediakan koperasinya sendiri,bagi mengelakkan daripada riba terhadap kakitangannya,lebih-lebih lagi imam yang dibawah paras kemiskinan,hanya along sahaja pilihan.. Perkara ini amat-amat memalukan dan menyedihkan orang islam,pemimpin kita yang digelar imam. Tiada siapa yang mampu membantu didalam memperjuangkan hidupnya.. Wahai jabatan agama dan pemimpin-pemimpin,lihatlah dan pandanglah perkara ini. bukan takat pandang,buatlah sesuatu,untuk menaikkan imej syiar agama islam.. Tika kenduri-kendara,kematian,perkahwinan dan sebagainya imam didampingi. lepas tu semua,tidak siapa ambil peduli… Saya mencadangkan,adalah lebih baiknya. Imam-imam ditadbir dengan satu jabatan sahaja,jabatan imam-imam malaysia. Jika jabatan ketua menteri boleh wujud,napa jabatan imam-imam malaysia tiodak wujud… Jangan sampai tiada generasi kita yang tidak ingin berkhidmat sebagai imam,hanya kerana seituasi-situasi ini tidak diselesaikan.. Buat jabatan agama dan kerajaan malaysia,buatlah lebih kerap program-program imam-imam seluruh malaysia,jadikan acara tahunan. kursus-kursus,latihan-latihan dan banyak lagi amat perlu dilakukan….Allahhuahlam…ws.