Archive for 18 Julai 2009


IMG_5842

Ceramah beliau malam tadi dan di banyak tempat telah membuka mata dan akal ramai pihak apabila penceramah telah mendedahkan banyak penemuan-penemuan bernilai dalam al-Quran yang penuh dengan mukjizat.

Bagi yang selalu menyaksikan ceramah beliau atau mendengar segmen beliau di Radio IKIM Fm setiap selasa 6.15 petang, sering mendapati beliau mendedahkan kajian-kajian saintifik yang menunjukkan kehebatan al-Quran al-Karim.

Antaranya susun atur bilangan ayat al-Quran yang membentuk kalimah Allah dan Muhammad dalam ejaan arab, bilangan jumlah kalimah hari (yaum dan al-yaum) sejumlah 365 kali, jumlah kalimah bulan (syahr dan asy-syahr) sebanyak 12 kali dan sebagainya.

Penemuan-penemuan itu menyebabkan ramai kalangan bukan Islam dalam banyak ceramah beliau akur dengan kebenaran Islam.

Sebenarnya kata beliau, diantara punca berlaku kes murtad, maksiat serta derhaka agama ini adalah kerana mereka tidak mengenal Islam dan al-Quran menurut yang sebenarnya. Al-Quran hanya semata-mata menjadi bahan bacaan, bukan sebagai sumber ilmu.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada beliau dan memberi hidayah kepada pendengar ceramahnya.

IMG_5847

IMG_5851

IMG_5852

IMG_5854

IMG_5856

Saya teringat dalam satu ceramah al-Fadhil Dato’ Hj Ismail Kamus berkenaan amalan yang diterima Allah SWT, yang kerap kali juga disebut dalam mana-mana ceramahnya.

Kata beliau, ada dua syarat amalan kita diterima oleh Allah SWT :

Pertama, amalan itu menepati syarat dan rukun. Kedua, ikhlas kerana Allah SWT.

Boleh jadi seseorang itu beramal dengan ikhlas tetapi apabila dia tidak mempelajari syarat dan rukun satu-satu ibadah menyebabkan ia tertolak. Misalnya ia menunaikan solat sebelum masuk waktunya, atau tidak berwudhu dan sebagainya.

Ataupun yang kedua, ia beramal menepati syarat dan rukun tetapi tujuannya beribadah kerana sesuatu yang lain daripada Allah SWT. Perkara ini adalah sesuatu yang sukar dan memerlukan latihan dan bimbingan daripada Allah SWT.

***

Lebih seminggu lalu, saya ada menulis satu artikel berkenaan jamaah tabligh. Ia satu nostalgia dan jasa jamaah berkenaan kepada diri saya. Sehingga hari ini kita menerima kehadiran mereka dalam dunia dakwah, dan jasa mereka bukan sedikit dalam mengembangkan ajaran Islam di seluruh dunia.

Banyak komen dan respon diperolehi. Antaranya pembabitan bekas mat rempit, banduan dan sebagainya yang kembali ke pangkal jalan. Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada orang yang menarik mereka.

Dalam masa yang sama, tidak kurang juga yang memerli dan terlalu emosi dalam memberi komentar. Seolah-olah ustaz yang tidak berada dalam jamaah tabligh tidak menjalankan tugas dakwah.

Baiklah, kita menerima hakikat jasa jamaah tabligh, tetapi jangan sampai menafikan jasa ustaz dan pendakwah yang tidak berada dalam jamaah tabligh.

Sesetengah komentar yang tidak saya masukkan berbau emosi yang keterlaluan. Saya dituduh mengaibkan orang tertentu sedangkan nama mereka tidak saya sebut pun.

Saya sekadar memberi contoh bahawa kepentingan belajar dan menuntut ilmu. Tidak mungkin kita mengetahui soal rukun, syarat serta ciri-ciri ikhlas tanpa mempelajarinya. Bagi yang membuat komentar secara sembrono itu, saya melihat mereka tidak memahami isu yang sebenar.

Tulisan saya itu saya coretkan sempena ijtimak tabligh, antaranya kerana saya punya ramai kawan dan kenalan di dalamnya. Oleh kerana kasih saya kepada mereka, teguran itu disampaikan.

Memahami latar belakang mereka yang pelbagai, dan kesungguhan mereka beribadah itu sangat saya sanjung. Pandangan saya agar mereka menyertai kuliah dan ceramah masjid diterima baik.

IMG_0206

Program ini adalah yang ke-5 pada tahun ini selepas SMK Pengiran Omar Sipitang, SMK Bongawan, SMK Timbua Ranau dan SM Sains Kota Kinabalu.

Program di SMK Tebobon Kota Kinabalu pada 11 Julai lalu dipimpin oleh Ust Khidir Ishak bersama Ust Hamir Hamzah sambil dibantu oleh beberapa ustazah dalam Panatia Agama Islam.

Lebih menceriakan peserta seramai 40 orang itu ialah dengan kehadiran penulis terkenal, Dr Danial Zainal Abidin yang sudi meluangkan masa mengisi satu slot berkenaan ‘Mukjizat al-Quran dan Sains’.

Slot bersama Ust Bungsu Aziz juga seperti biasa menarik perhatian para pelajar untuk memahami keindahan Islam dan al-Quran.

Semoga para pelajar dapat memahami agama Islam dengan lebih baik serta bersyukur dengan nikmat agama Islam yang tersemat di dalam diri masing-masing.

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Cawangan Sabah mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah, khususnya pengetua, Panatia Agama Islam, Persatuan Siswazah Sabah (PSS), para penceramah serta adik-adik para peserta.

Insya Allah berjumpa lagi dalam program akan datang.

IMG_0003

IMG_0005

IMG_0013

IMG_0027

IMG_0196

IMG_0202

IMG_0212

IMG_0022

%d bloggers like this: