Lokasi : Masjid Nurul Iman Pekan Tambunan

Ust Hj Md Iyen Atim (membelakang kamera) telah mengimamkan solat janazah, sementara Tuan Guru Ust Hj Muchlish Ali Kasim memimpin doa bersama ribuan jamaah yang turut serta

Sebahagian jamaah yang bersesak di Masjid Nurul Iman, menyertai solat janazah untuk tuan guru yang dikasihi

Salah seorang jamaah, yang juga pelajar Allahyarham berada di sisi

Ibu Sharifah Nadrah, isteri Allahyarham memberikan kucupan perpisahan. Mudah-mudahan bertemu lagi di alam sana.

Salah seorang anak murid kesayangan beliau, Ust Jumain Abd Ghani. Beliau diantara pelajar yang berjaya menuntut sehingga ke bumi Mesir. Kini bertugas di JHEAINS, Kota Kinabalu

Orang ramai berkerumun membantu mengangkat janazah meninggalkan masjid yang diasaskan beliau.

Umat Islam mula meninggalkan masjid bagi mengiringi janazah ke tanah perkuburan

kehadiran umat Islam bak perarakan maulidur Rasul. Tetapi kali ini mereka berarak menghantar guru pulang menghadap Ilahi

Tuan Guru Ustaz Hj Muchlish Ali Kasim memimpin talqin. Di sebelah kanan beliau ialah Ust Mokhtar Zainuddin dan Ust Rustamin.

Sebahagian hadirin yang menyaksikan pengkebumian Allahyarham

Tua dan muda hadir sama memberikan penghormatan terakhir

"Ya Allah, ampuni dia; rahmati dia; sejahterakan dia; maafkan dia.."

Ketika hayatnya, anak-anak yatim inilah tempat Allahyarham menumpahkan kasih, dan kepada Allahyarham anak-anak ini bermanja.
Sy berpeluang berjumpa arwah pd tanggal 13 Jun 2009(Sabtu). ketika itu sy menghantar 5 orang anak yatim tanggungan sy di RAY Tambunan. Slps mengurus anak2 di RAY, sy mencari masjid Tambunan krn tak pernah ke sana. Sy dpti masjid tika itu tiada org mungkin belum sampai waktunya..slps melaungkan azan & solat sunat, sy dpti arwah satu2nya jamaah yg hadir dgn jubah putihnya. Beliau solat sunat dan seterusnya mengimamkan zohor..setelah solat sunat, sy mengambil peluang berkenalan dgn beliau dan menceritakan bhw sy dan rakan2 akan berkampong di Tambunan pada 31 Julai hingga 2 Ogos bersama Tn Hj Ayob Abdul Rahman dan Hj Nicholas serta rakan2 dlm rangka program pemantapan aqidah..arwah tampak bersemangat, jelas memberi galakkan dan berjanji akan membantu sy..
Arwah juga ada menceritakan ttg kemampuan Azmi Ven (4 adik2nya) mengaji Quran di bawah seliaannya..sy nampak pd wajahnya yg berseri2 seolah2lah memberi keyakinan pd sy beliaulah yg akan bpa yg menjaga Azmi dan adik2 di RAY..malah arwah dpt megingat nama kelima2 anak itu..lega rasanya sy.
Sblm berpisah (walaupun masi byk yg mahu diceritakan..) arwah menghantar sy hgg ke muka pintu masjid dan tidak membenarkan sy membantunya menutup pintu , suis kipas dsb..takdirnya sy dpt bersolat jamaah zohor dengan beliau pd tengahari itu(wlpn awalnya sy mau mghantar Azmi & adik2nya dgn bas dr KK..
Itulah pertemuan pertama dan terakhir sy bersama arwah.. terpanggil sy utk turut sama memberi penghormatan tika menerima sms..melihat org ramai sy difahamkan ank2 muridnya yg hadir sy sempat berpesan pd ustz Naim Majin(salah seorang anak muridnya) agar difikirkan suatu perjumpaan d kalangan pencinta Islam khususnya anak2 murid arwah bg menyambung kerja2 dakwah di Tambunan.. Sy jua sempat mengusap kepala bbrapa anak RAY yg jelas sugul kehilangan seseorg yg amat dikasihi dan berpesan agar belajar bersgguh2 krn itulah pesan arwah masa hidupnya..kami bertemu krn Allah berpisah krn-Nya jua..jujurnya sy jua sebak & menitiskn airmata..jauh dlm hati betapa sy jua akan meninggalkn bumi Sabah yg subur ini..
Jumaat..11.40am…12.6.2009. Itulah kali terakhir saya dapat menziarahi Tuan Guru dirumahnya setelah 17 tahun tidak berbuat begitu atas faktor jarak dan kesempatan. Tetapi itulah hakikat yang perlu dihadapi. Pemergian Tuan Guru pada pagi 14.7.09 amat2 saya rasakan dan amat terkilan kerana tidak berkesempatan bersama2 rakan2 memberi penghormatan yang terakhir. Pastinya hanya doa yang mampu saya panjatkan moga2 rohnya dicucuri rahmat olehNya. AlFatihah.
Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita di kembalikan Al Fatihah…………
al-fatihah..buat guruku yang tersayang, semoga bahagia berada di alam yang baru.
al fatihah
yaa rabbb,,,,,,
bahagiakanlah pemergiannyaaa,,,,
walauku tak dapat melihat wajahmu yang terakhir namun kami sebagai anak muridmu sentiasa mengamalkan ilmu yang engkau curahkan kepada kami,,,
yaa rabbb,,,,permudahkanlah urusannya disana,,,,
al fatihah,,,,
assalamualaikum ,
Al-fatihah buat almarhum tuan guru yang tersayang……. mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh , amin……..
alhamdulillah saya merasakan diri saya seorang yang beruntung kerana menjadi salah seorang anak murid kepada seorang tuan guru yang hebat yang menjadi rujukan dalam pelbagai aspek samaada hal-hal keagamaan , perubatan , masalah-masalah peribadi dan sebagainya khususnya di tambunan.malahan boleh dikatakan semua masalah akan diadukan kepada almarhum tuan guru.walaupun tempoh saya bersama dengan almarhum tidak lama sekitar lima tahun sahaja , namun banyak perkara-perkara dan ilmu yang berguna diperturunkan beliau kepada kami terutama jamaah yang mengikuti pengajian kitab Siru Salikin di Masjid Pekan Tambunan pada setiap khamis malam jumaat setiap minggu.penempatan saya sebagai guru di Tambunan mungkin ada hikmahnya……. Allah ingin mempertemukan saya dengan tuan guru yang begitu disegani dan dihormati.Terus terang saya katakan , Setiap masalah yang saya hadapi akan saya kemukakan kepada almarhum sehingga masalah anak menangis malam pun saya berjumpa dengan almarhum.namun kini saya merasakan kosong , tada tempat untuk mengadu , saya fikir bukan saya sahaja merasakan demikian malah seluruh penduduk islam Tambunan merasakan demikian.Almarhum juga tidak ketinggalan mencurahkan ilmunya pada pelajar-pelajar saya diasrama SMK Nambayan selama 3 kali seminggu ( kitab ibadah & akidah ).adalah diharapkan kita semua sebagai anak murid kepada almarhum tuan guru akan sentiasa mengamalkan segala ilmu yang telah diperturunkan kepada kita , mudah-mudahan dengan demikian rohnya akan aman , tenang dan gembira dengan pengamalan ilmu yang telah diberikan. wallahua’lam.
Assalamualaikum..
Terlebih dahulu..Al-Fatihah buat tuan guru dan ayahanda tersayang Ust. Hj.Ahmad Darbi Lubis.. semoga beliau ditempatkan dikalangan para syuhada dan solihin, bersemadi dengan aman damai di alam barzakh.
Saya merupakan seorang anak didik tn guru sejak 28 tahun lalu. Masih segar dalam ingatan ketika tn guru yang ketika itu masih segak tampan datang kerumah untuk mengislamkan kami sekeluarga. Sejurus selepas memeluk Islam, kami telah dihantar ke Sek. Ugama Islam Pekan Tambunan dimana tn guru ketika itu adalah sebagai guru besar. 7 tahun berada di sui menerima didikan tn guru dan beberapa ustaz dan ustazah (Ust.Hj. Hadiq, Ust. Rustamin, Ust. Hamid, Ustzh Rahimah, Ustzh. Zubaidah..) berjuta kenangan manis yang masih segar dalam ingatan.
Tn guru, bukan sekadar mendidik, tetapi juga bertindak sebagai seorang ayah kepada anak didik di sui. Beliau memang seorang yang tegas khususnya dalam bab solat, puasa, dan pembelajaran anak-anaknya di sui.
Peranan tn guru bukan sekadar sewaktu anak-anak sui tambunan berada di sekolah ini. Malahan beliau juga menguruskan usaha untuk anak-anak ini melanjutkan persekolahan ke semenanjung, madinah dan Mesir. Tn guru sering melawat anak-anak SUI yang dihantar ke Kelantan, Kedah dan Selangor. Itupun dengan biaya sendiri hanya untuk memastikan anak-anak beliau selesa dan betul-betul dapat mengikuti pembelajaran disana dengan baik. Tn guru juga tidak jemu mengikhtiarkan apa jua cara untuk mendapatkan dana bagi membantu anak-anak yang mengahadapi masalah kewangan semasa belajar di perantauan.
Pernah suatu ketika… sewaktu tn guru melawat kami (saya dengan 4 sahabat lain…Sahidi, Salaman, Maryati dan Kitinah) di Selangor. Sebelum meninggalkan kami untuk terbang balik ke Sabah, beliau bertanya, “Kamu ada duit belanja?”.. Kami yang memang belum sempat dikirimkan wang dari kampung dengan manja menggeleng kepala. Lantas tn guru menghulurkan kami wang dari dompetnya sambil berkata…”Kamu bagi2 ya.. Ustaz hanya ada baki RM10 untuk beli minyak kereta balik ke Tambunan”… Kami semua sebak dan peristiwa itu menjadi kenangan amat manis bagi saya sehingga ke hari ini dan selamanya. Bukan diukur dr duit pemberian tn guru.. tapi apa yg lebih menyebakkan dada… raut wajah beliau ketika itu sungguh penyayang seperti seorang ayah yang sentiasa merisaukan keadaan anak-anaknya. Tn guru berpesan..”Belajar bersungguh-sungguh… Lupakan kampung halaman sementara..pastikan balik dengan kejayaan”.. itulah kata-kata semangat yang seringkali terngiang ditelinga.
Bingkisan rasa ini akan saya sambung semula nanti untuk tatapan kita bersama… ada amanat dan pesanan tuan guru untuk kita semua…anak-anak didik tersayang, masyarakat Islam daerah Tambunan dan juga untuk seluruhnya…Sekian dulu..Wassalam..
PANDANGLAH DENGAN SINAR MATA IMAN.SENYUM DENGAN IKHLAS.KERNA KITA TETAP MANUSIA.HAMBA PADA PENCIPTA.GEMENTAR AKU MELIHAT ABU NUHA,LAMA AKU IKUT PERKEMBANGAN DAKWAH INI.DARI JAHIL HINGGA TERBUKA PINTU HATI,AKU INGIN UCAPKAN TERIMA KASIH,TAPI GEMENTARKU LEBIH KUAT BERBANDING TAKUTKU PADA TUHAN,ENTAHLAH? MATA ABU NUHA MUNGKIN LEBIH TINGGI MELIHAT AKU YANG HANYA UMPAMA SI BUTA YANG MENGADAP RASULULLAH.MUSKIL? SENYUM KU TAK TERBALAS.MUNGKIN AKU TIDAK SETARAF KERNA AKU CUMA PENCARI JALAN PULANG.SEDANGKAN ABU NUHA MUNGKIN SUDAH SAMPAI DI PENGHUJUNG JALAN.
Sesiapa sahaja yang pernah bertemu dan mengenali Tuan Guru Hj Ahmad Darbi pasti akan merasai kehadirannya seorang “sandaran” dan kehilangannya amat dirasakan sehingga kini. Apatah lagi di bulan Ramadhan ini….kelibatnya sentiasa dalam bayangan apatahnya setiap menjelang hari khamis malam jumaat, dimana hari ini adalah rutin pertemuan atau jadual tetap majlis ilmu di masjid Nurul Iman.
Pengubahasuaian Masjid kali ini adalah 90% memenuhi impiannya, tentunya almarhum merasa bangga dengan peningkatan prasarana baru ini. kami yang tinggal….antara ibu-ibu, kakak2 dan adik2 yang selalu memdapat bimbingan “Tazkirah Ramadhan dpd siri I sampai Siri VI”tercari-cari siapakah yang mengambilalih tempat almarhum dalam program kami ini.
assalamualaikum w.b.t…
sy sgt sedih atas meninggalnya pakcik sy yg sy panggil uwa..sy anak kepada ust lukman lubis adik kepada alhyrm ust darbi lubis..uwa sy meninggal di saat sy menuntut ilmu kedokteran di indonesia…sedangkan sy sempat pulang sewaktu cuti semester dan melihat uwa seminggu seminggu sebelum dia meninggal…cuma dia satu2 nya saudara kandung kami yg sama2 tinggal di mlysia…sy ucap kan brbnyk terima kasih kepada mereka yg menolong dan mengambil berat trhdp uwa sy….
Al Fatihah ..kepada Tuan guru , juga ayahanda kita yang dikasihi , sebagai anak2nya dan murid2nya , hendaknya janganlah lupa mendoakan roh Tuan guru tiap detik tiap ketika walau dimana berada , semoga Roh Tuan guru ditempatkan bersama Roh mereka yang sodikin ..
Insyaallah , segala petua hidup , segala pesan dan Ilmu yang dicurahkan oleh Tuan guru akan diamalkan dan diingati selagi hayat ada ..
ketika saat akhir , terkilan hingga kini tidak sempat berjumpa Tuan guru , cuma mendengar berita dari rakan2 , lantaran tugasan dan jarak yang tidak mengizinkan ..
teringat kali terakhir lawat allahyarham smasa beliau masih hidup, beliau sperti sorg ayah mengucup kepala sy dan kawan2..x sangka hari tu adlh yg terakhir dapat jumpa allahyarham..huhu.. semoga roh allahyarham dicucuri rahmat atas segala kebaikan yg telah dilakukan..amiin..alfatihah..
al fatihah buat….tuk guru….yang ku sayangi……semoga rohnya ditempatkan di dalam golongan solihin….amin
Ya Allah..sebaknya mengingati pengorbanan insan yg mulia ini..semoga arwah tuan hj ustaz Darbi Lubis aman damai di alam sana..aamiin..ya Allah..