Perjalanan ke Kota Belud diteruskan dalam cuaca hujan dengan program ziarah ke tiga buah rumah di Kg Tamau.

Pertamanya kami menziarahi keluarga allahyarham Asmani yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Gambar di bawah ini merupakan abang Allahyarham, yang nampaknya masih bersedih serta terharu dengan kehadiran rombongan kami.

Bersama itu, rombongan turut menyertakan sumbangan berbentuk beras dan keperluan lain untuk mereka sekeluarga. Semoga mereka bersabar atas musibah yang menimpa.

IMG_5604

Rumah kedua ialah Pakcik Saibin, ketua kampung di sini. Beliau baru-baru ini telah lumpuh.

Alhamdulillah ketika kami hadir, beliau telah menunjukkan perkembangan yang sangat baik sekali. Beliau telah boleh berdiri dan berjalan perlahan-lahan dengan bantuan alat tertentu.

IMG_5608

Rumah ketiga ialah menziarahi Tuan Hj Mahmood.

Seorang OKU dan keluarganya sendiri membiayai 2 warga emas. Tuan Hj juga dikenali pandai melakukan rawatan tradisional. Beliau dikenali sehingga ke Kota Kinabalu untuk membantu orang yang memerlukan khidmatnya.

IMG_5617

Insya Allah, pada masa yang akan datang kami akan berziarah ke lokasi yang lain pula. Bagi yang berminat untuk menyumbang dalam bentuk kewangan atau barang-barang makanan dan sebagainya, boleh berhubung di blog ini.

Dari Kg Tamau, Kota Belud.