Ketika berangkat pulang dari KLIA ke KKIA semalam, penumpang di sebelah kiri, hadapan dan belakang saya terdiri daripada pelancong orang putih. Sementara di sebelah kanan hadapan pula lagak seperti orang Jepun atau Korea.

Apa yang saya perhatikan, satu tabiat yang sama ialah mereka menghabiskan masa duduk di perjalanan itu dengan membaca buku.

Oleh kerana saya duduk di kerusi yang dekat dengan laluan tengah, pada awal penerbangan saya bergerak ke bilik air. Saya perhatikan gelagat penumpang lain. Sudah ramai mulainya melelapkan mata, terutamanya penumpang tempatan.

***

Bagi yang pernah keluar negara, suasana membaca buku ini sangat membudaya sekali.

Ketika peluang berada di Mesir dahulu, khususnya ketika menanti bas, teksi atau metro (LRT) dan ketika berada di dalamnya, jelas tabiat orang arab yang suka membaca, khususnya al-Quran. Ada juga yang memegang dan menghitung tasbih di jari.

Bayangkan kalau amalan bertasbih dan membaca al-Quran dipraktikkan ketika menunggu bas di tempat kita, sudah tentu ada yang berkata orang itu menunjuk-nunjuk.

***

Seminggu dua ini saya membantu sahabat kita Tuan Hj Abu Aslam, seorang ahli farmasi yang berjaya. Beliau kini mula berjinak-jinak menjadi pengedar buku-buku khususnya Syarikat Telaga Biru.

Prinsip dan niat asasnya ialah membantu umat Islam meningkatkan pengetahuan dengan membaca. Sebenarnya di tempat kita tidak kekurangan kedai buku. Tetapi secara umumnya masyarakat kita agak liat untuk ke sana mencari buku-buku khususnya terbitan baru.

Saya berhajat membantu melaksanakan niat beliau dengan membawa beberapa tajuk buku berkenaan dan diletakkan di bonet kereta, kemudian dipromosikan seadanya menurut kudrat dan kemampuan saya. Harga buku pula mengikut harga Semenanjung.

Ada 4 buku yang berada dalam simpanan saya. Walaubagaimanapun kuantitinya terhad antara 4-10 buah buku sahaja bagi setiap tajuk :

1. Indahnya Hidup Bersyariat – Dato’ Hj Ismail Kamus (RM55)
2. Formula Solat Sempurna – Ust Zaharuddin Abd Rahman (RM25)
3. Remeh Temeh Tentang Puasa, Tetapi Anda Malu Bertanya – Dato’ Hj Ismail Kamus (RM20)
4. Fiqah Interaksi Dengan Non Muslim – Ust Mohammad Nizam Abd Kadir (RM20)

Sesungguhnya Allah telah membezakan orang berilmu dengan yang tidak berilmu. Allah juga telah memulakan wahyunya dengan perintah membaca.