IMG_5075

Petang tadi, saya meluangkan masa setengah jam bersiar di hadapan hotel tempat kami menginap ini. Ia hanyalah persisiran pantai yang menghadap ke Pulau Singapura.

Setelah stres pada sebelah pagi hingga ke tengahari, lewat petang ini sambil menambah semakan al-Quran di tepi pantai, saya mengambil udara segar melihat pemandangan laut.

IMG_5080

Tidak lama, hanya sekitar menyelesaikan sejuzu, saya berjalan lagi.

Ketika bermesyuarat di sini 2 tahun lalu, keadaan serupa saya saksikan pada lewat petang sebegini. Suasana itu tidak berubah. Hari ini pun begitu juga.

Beberapa pasangan muda mudi sedang bercengkerama. Masa menunjukkan baru jam 7 petang.  Sama ada ia baru bermula atau sudah ke penghujung, saya kurang maklum.

Hari semakin gelap. Saya mahu berjalan lagi ke hadapan. Tetapi akhirnya saya membuat keputusan untuk patah balik ke hotel. Saya geli melihat dan melimpasi para tikus-tikusan berkeliaran dengan bebas di tepi pantai itu. Berpuluh-puluh.

Mungkin tikus itu pun mahu berdating juga.

IMG_5083