Archive for 4 Julai 2009


IMG_5075

Petang tadi, saya meluangkan masa setengah jam bersiar di hadapan hotel tempat kami menginap ini. Ia hanyalah persisiran pantai yang menghadap ke Pulau Singapura.

Setelah stres pada sebelah pagi hingga ke tengahari, lewat petang ini sambil menambah semakan al-Quran di tepi pantai, saya mengambil udara segar melihat pemandangan laut.

IMG_5080

Tidak lama, hanya sekitar menyelesaikan sejuzu, saya berjalan lagi.

Ketika bermesyuarat di sini 2 tahun lalu, keadaan serupa saya saksikan pada lewat petang sebegini. Suasana itu tidak berubah. Hari ini pun begitu juga.

Beberapa pasangan muda mudi sedang bercengkerama. Masa menunjukkan baru jam 7 petang.  Sama ada ia baru bermula atau sudah ke penghujung, saya kurang maklum.

Hari semakin gelap. Saya mahu berjalan lagi ke hadapan. Tetapi akhirnya saya membuat keputusan untuk patah balik ke hotel. Saya geli melihat dan melimpasi para tikus-tikusan berkeliaran dengan bebas di tepi pantai itu. Berpuluh-puluh.

Mungkin tikus itu pun mahu berdating juga.

IMG_5083

Majlis kami di Johor Bahru bermula pada jam 9 malam, dipimpin oleh Ybhg Dato’ Sheikh Mohammad Nor Mansor al-Hafiz, selaku pengerusi Lajnah Tashih al-Quran KDN.

Dalam pertemuan kali ini, 33 daripada 35 ahli lajnah hadir bagi menyemak lebih 1000 juzu al-Quran dalam tempoh 3 hari ini. Dua ahli yang tidak hadir ialah Dato’ Hj Idris Talib dari Melaka, dan Ust Khairul Anuar Mohammad al-Bakri.

Dato’ Idris Talib dikhabarkan baru keluar dari hospital setelah menjalani pembedahan jantung yang tersumbat. Kami  mendoakan agar beliau pulih kembali dan bertugas bersama kami dalam pertemuan akan datang.

Sementara Ust Khairul Anuar berada di Australia atas urusan peribadi. Beliau merupakan pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Dalam mesyuarat kali ini, setelah dibahagi-bahagikan tugasan, setiap seorang dikehendaki menyemak 31 juzu’ al-Quran. Sehingga tengahari ini (sabtu), kebanyakan ahli telah menyemak separuh daripada tugasan yang diberikan.

Sebenarnya, disamping menyemak al-Quran yang telah diedarkan, ini jugalah kesempatan bagi ahli lajnah untuk bertukar-tukar pandangan dan menajamkan ilmu terutama yang berkait dengan tajwid dan ilmu qiraat.

Khusus bagi diri saya sendiri, kesempatan pertemuan ini saya banyak bertanya beberapa hukum hakam tajwid, serta pengalaman ahli lajnah yang lain dalam mengajar dan menyebarkan ilmu al-Quran ini kepada masyarakat.

Saya bersyukur, dalam mesyuarat kali ini saya duduk berhampiran dengan dua ulama’ yang telah lama berkecimpung dengan dunia al-Quran. Insya Allah saya berhajat untuk menemuramah mereka bagi tatapan pembaca blog ini. 

Cek darah sebelum semak al-Quran. Cek darah sebelum semak al-Quran.
 

 

Ust Azhari Othman dan Sheikh Othman Hamzah, antara tenaga utama lajnah

Ust Azhari Othman dan Sheikh Othman Hamzah, antara tenaga utama lajnah

Kerja-kerja mengutip yuran oleh 'ahlong' bersongkok lagi bertaqwa

Kerja-kerja mengutip yuran oleh 'ahlong' bersongkok lagi bertaqwa

Yang dihujung tu bukan pegang Quran, tapi tengah pegang duit.

Sempat memberikan senyuman

Kerja penyemakan teks bermula

Kerja penyemakan teks bermula

%d bloggers like this: