Archive for Jun, 2009


Alhamdulillah, pagi tadi dapat juga mengisi ceramah berkenaan yang telah diatur sejak seminggu lalu.

Fokus ceramah tadi ialah berkisar huraian ayat 1 Surah al-Isra. Firman Allah bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad SAW), pada waktu malam, bermula dari Masjid al-Haram di Makkah menuju ke Masjid al-Aqsa di Palestin, yang Kami berkati sekitarnya; supaya Kami dapat memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.

1) Tarikh peristiwa ini berlaku, berdasarkan kedudukan ayat dan surah ini di dalam al-Quran dan tempoh kerasulan baginda. Walaupun terdapat percanggahan pendapat ahli sejarah Islam, salah  satu teorinya ialah, ayat & surah ini terletak dalam juzu ke-15, iaitu di tengah-tengah al-Quran.

Ini memberi satu teori dan formula bahawa peristiwa ini berlaku di tengah-tengah kerasulan baginda selama 23 tahun, iaitu sekitar tahun 11 setengah kerasulan. Wallahu a’lam.

2) Subhana, iaitu Maha Suci Allah sebagai salah satu ucapan orang beriman yang diajar oleh Allah SWT. Sebagaimana ucapan alhamdulillah, Allahu Akbar, astaghfirullah, insya Allah dan lain-lain; kalimah Subhanallah juga mempunyai peranan dan keutamaannya yang tersendiri.

3) Asraa, iaitu memperjalankan. Ertinya Rasulullah SAW bukannya berjalan sendiri. Baginda dibawa berjalan oleh kenderaan yang namanya buraq. Pemahaman yang sebenar terhadap kalimah ini, akan menjelaskan perselisihan pendapat sama ada nabi mampu atau tidak pergi ke tempat yang dimaksudkan dalam jangka masa hanya satu malam.

4) Bi ‘abdihi, iaitu dengan hambaNya iaitu Nabi Muhammad SAW. Kalimah ini lebih menjelaskan bahawa yang dikatakan hamba itu bukan setakat ruhnya, bahkan jasadnya sekali. Saya juga menjelaskan soal kepatuhan kita kepada Allah SWT sebagai hamba pada setiap masa, bukan masa tertentu sahaja.

5) Lailan, ertinya pada waktu malam. Perjalanan waktu malam bertemu Allah SWT menunjukkan keutamaan ibadah qiyamullail. Ketika orang dibuai lena dan mimpi, ketika itu Rasulullah SAW bertemu Allah.

Menjadi ujian yang besar terhadap perkara ghaib bagi masyarakat ketika itu dan kemudiannya, mereka tidak melihat secara jelas perjalanan Nabi SAW. Ini juga menunjukkan, keimanan kita kepada perkara ghaib yang terdapat dalam ayat 3 al-Baqarah.

6) Minal Masjidil Haram ilal Masjidil Aqsa, iaitu bermula dari masjid dan berakhir di masjid. Menunjukkan kepentingan masjid dalam kehidupan.

Contohnya memulakan musafir dari masjid, akad nikah di masjid, aktiviti yang baik di masjid dan seumpamanya.  Ayat ini juga menunjukkan keutamaan kedua-dua masjid berkenaan dalam Islam.

7) Allazi barakna haulah, iaitu tempat yang Kami berkati sekitarnya. Keberkatan daripada segi bumi yang subur, dan persoalan perjuangan Islam yang begitu kental dihadapi oleh umat Islam di Palestin sehingga kini, dan sebagainya.

8) Linuriyahu min ayatina, iaitu supaya Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami. Allah SWT memperlihatkan sebahagian sahaja kebesaran tanda-tanda kebesarannya untuk diambil pengajaran oleh Rasulullah SAW dan umatnya.

Antaranya, kisah baginda singgah bersolat di Madinah, Tursina, Madyan dan Baitullaham; beberapa tamsilan yang  menunjukkan kebaikan dan kejahatan manusia serta balasannya; juga ketika gambaran perempuan tua, lambaian kiri dan kanan kepada Rasulullah SAW.

9) Innahu huwas Sami’ ul Bashir, iaitu sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Dalam konteks peristiwa isra baginda, apa sahaja tanggapan manusia sama ada Islam atau tidak, Allah SWT Maha Mendengar dan Maha Melihat percakapan dan perbualan serta pendirian manusia.

Ada yang beriman serta merta seperti Sayyidina Abu Bakar dan lain-lain, ada yang tunggu dan lihat, dan ada juga yang kufur dan ingkar kerana berpandukan akal mereka, peristiwa ini langsung tidak masuk dalam kepala otak mereka.

Tentang mi’raj, kita sambung tahun depan. Terima kasih Puan Siti Rahmah yang menjemput saya serta semua warga RTM yang hadir sama. Insya Allah bertemu lagi.

SELAMAT PENGANTIN BARU

MD NOR ZAHID MAHFOL & NOR HAFIZA YUSOF

Tarikh : 28 Jun 2009 (Ahad). Tempat : Lot 989, Kg Gerai Jerteh Besut Terengganu (Keluarga Perempuan)

Tarikh : 5 Julai 2009 (Ahad). Tempat : C-85 Jalan Pegawai 1, Kg Seri Paya, Kulai Johor (Keluarga Lelaki)

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KEDUA-DUANYA.

AL-MARJUMIN

Ketika kelas al-Quran berjalan tengahari tadi di SPAN, salah seorang pesertanya iaitu Encik Abd Mu’min Rasam bertanya maksud satu perkataan yang baru sahaja dibacanya.

Perkataan al-marjumin, yang letaknya dalam surah asy-Syu’aaraa’ hujung ayat 116 menjadi tanda tanya beliau. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Mereka (kaum Nabi Nuh AS yang kufur) berkata : Kalau engkau wahai Nuh enggan berhenti (daripada menyebarkan Islam kepada kami), engkau pasti dapati, engkau termasuk orang-orang yang direjam”.

Kisahnya berkenaan ketabahan Nabi Nuh AS yang berdakwah hampir 1000 tahun, tetapi baginda diuji oleh Allah SWT, apabila dalam tempoh yang panjang itu hanya 80 orang sahaja yang diberi hidayah oleh Allah SWT.

Pelbagai mehnah yang dihadapi sehingga baginda berada dalam 5 senarai akhir Nabi Ulul Azmi.

Antara tribulasinya ialah ugutan kaumnya agar baginda menghentikan dakwah dan seruan kepada Islam. Jika tidak, mereka akan menghukum baginda dengan direjam.

Mungkin perkataan dan istilah rejam itu belum mantap atau kurang berkesan di sanubari kita. Untuk mudah fahamnya, mungkin sesuai jika dikatakan, jika baginda tidak berhenti berdakwah, mereka akan membelasah dan menyiksanya.

Soalan tentang al-marjumin itu timbul kerana ada seorang kenalan beliau, yang juga kenalan saya dan ramai orang mengenalinya yang bernama Marjum, yang bermaksud orang yang direjam. Maafkan saya, itulah maksudnya.

IMG_4432Pagi semalam saya berada di Ibu Pejabat Penjara Sabah di Kepayan. Programnya ialah mengisi satu slot Kursus Nilai-Nilai Murni & Budaya Kerja Cemerlang.

Tajuk yang diberikan ialah ‘Penghayatan Nilai-Nilai Murni Dalam Perkhidmatan’.

Sebenarnya, terlalu banyak sudah dinyatakan kepada penjawat awam berkenaan tajuk seumpama ini. Ia sering diulang dan disebut dalam mana-mana kursus, induksi dan sebagainya.

IMG_4430Dalam slot ini, saya menghuraikan 4 sifat wajib bagi Rasul yang wajib juga diteladani. Dalam masa yang sama, kefahaman yang sahih terhadap aqidah khususnya kewujudan Allah SWT dan hari pembalasan, menjadi teras agar semua penjawat awam dapat menghayati semua nilai-nilai murni.

Apabila mereka memahami dan mempunyai iktikad yang benar, maka tiada lagi yang berani rasuah, ponteng, menipu dan sebagainya. Ini kerana mereka meyakini adanya malaikat yang mencatat di kiri dan kanan, dan semuanya akan diperlihatkan di dataran mahsyar.

Akhirnya mereka akan menjadi manusia yang mempunyai jati diri, walau di mana berada dan apa saja situasinya.

IMG_4431Dalam program ini, ada 30 peserta kesemuanya, terdiri daripada pegawai-pegawai penjara terpilih seluruh negeri termasuk beberapa pegawai bukan Islam. Alhamdulillah, dalam ceramah dan soal jawab hampir 2 jam itu, saya bertemu dengan beberapa sahabat lama yang kini bertugas di jabatan penjara.

Antaranya Ustaz Md Fuad Ahmad, senior di SMAI TPHR dahulu dan Md Fazley Sahat, junior dan pelajar saya di Maahad Tahfiz dan kini bertugas di Jabatan Penjara Sandakan.

IMG_4427

IMG_4428

IMG_4429

IMG_4417Petang sabtu, singgah sebentar memenuhi undangan Ust Md Sabri Ibrahim, guru di SK Sri Gaya. Beliau sekeluarga mengadakan kenduri kesyukuran sempena kelahiran puteri mereka bernama Nurul Jannah.

Alhamdulillah, alf mabruk buat Ust Sabri sekeluarga atas kelahiran anakanda ketiga mereka. Isteri beliau, Ustazah Norsheela selamat bersalin pada 11 Jun lalu.

Ketika hadir baru ini, turut bersama ialah Ust Hj Nor Azamuddin beserta keluarganya yang turut mendapat cahayamata lelaki 2 bulan lalu. Jadi untuk jimat kos ziarah, dipaparkan gandingan Nurul Jannah dan Muhammad al-Fatih.

Muhammad al-Fatih pula lahir pada 20 April dengan berat 4.2kg. Semoga Muhammad al-Fatih menjadi pejuang dan pemimpin yang hebat seperti Sultan Muhammad al-Fatih juga.

IMG_4376Pada sabtu lalu, hampir 150 orang hadir dalam program pengajian Hadith 40 di Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral di bawah kendalian Ust Zainul Asri Ramli dari Kedah.

Menurut urusetia program Sdr Ahmad Tariq Abdul Muttalib  menjelaskan, pihaknya telah mensasarkan seramai 70 orang untuk siri pertama ini. Namun, dengan kempen dan promosi pelbagai pihak, mereka mendapat respon luar jangka dan mengejutkan urusetia.

Pihak urusetia bagaimanapun bersyukur diatas sambutan yang baik dan berharap kesedaran dan sambutan yang sama akan diterima dalam mana-mana program bercorak keilmuan dan keagamaan oleh segenap masyarakat Islam, di dalam zaman yang mencabar ini.

Apa yang paling menggembirakan ialah kehadiran ramai belia dan beliawanis serta pelajar sekolah menengah termasuk yang bukan berlatar belakangkan agama.

“Kehadiran dan kesanggupan mereka duduk sehingga petang dalam majlis ilmu sebegini menunjukkan masa depan yang baik untuk Islam di Sabah”, katanya mengulas program berkenaan.

Program hari itu berakhir pada jam 4.30 petang.

IMG_4382

Sebenarnya, itu bukan satu-satunya program yang disusun untuk ulama’ muda ini. Sejak beliau hadir pada petang jumaat, sehinggalah berangkat pulang pada selasa, lebih 10 program ceramah, kuliah, pembentangan kertas kerja, ziarah dan sebagainya disusun.

Programnya pula bukan sekadar di Surau Austral sahaja, tetapi sehingga ke Papar dan Kota Belud.

IMG_4388Alhamdulillah, di mana-mana program, beliau mendapat sambutan yang memberangsangkan. Dengan izin Allah, beliau akan hadir lagi pada masa akan datang dan mengisi program-program lain pula.

Tahniah untuk urusetia dan semua penganjur di setiap lokasi, terima kasih tidak terhingga buat Ustaz Zainul Asri.

IMG_4390

IMG_4393

IMG_4406

IMG_4300
Malam minggu, Masjid ar-Rahman Pekan Tenom dilimpahi umat Islam. Ada yang mengatakan ramainya mengatasi kehadiran solat Jumaat.
Malam itu ada ceramah oleh Tuan Hj Ayub Abd Rahman dengan tajuk : “Mengapa Saya Memilih Islam”.
Seminggu sebelum itu, saya sekali lagi memberitahu kawan-kawan di JHEAINS Tenom agar melakukan promosi secara luar biasa dan bersungguh. Saya mengatakan, jika kehadiran kurang daripada setengah ruang dewan masjid, kita gagal.

Alhamdulillah, kehadiran sangat memberangsangkan. Bukan setakat di ruang utama, kaum ibu juga memenuhi ruang tingkat atas untuk melihat lebih jelas lagi wajah penceramah.

IMG_4282

IMG_4286

Gambar audien yang saya paparkan ini diambil ketika ceramah baru bermula selepas isyak, sedangkan kehadiran terus bertambah sehingga majlis berakhir pada 10 malam.

Saya mengucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat. JHEAINS, Pejabat Pendidikan Daerah, JK Masjid dan seluruh mereka yang bekerjasama menjayakan program ini. Saya mendapat tahu, maklumat melalui SMS juga giat disebarkan.

Sekali lagi, alhamdulillah.

Malam itu, seorang anak muda berusia 15 tahun kembali kepada Islam dengan mengucap syahadah di hadapan lebih 600 orang yang hadir, setelah sebelum itu dibawa oleh ibunya keluar Islam sebelum itu.

IMG_4295

Adik Bryan Pencer Paul (gambar) adalah pelajar tingkatan 2 di SMK Tenom. Sejak setahun lalu lagi Bryan ingin memeluk Islam tetapi tertangguh sehingga malam itu. Bryan adalah anak pertama daripada 5 beradik.

Apabila kedua orang tuanya bercerai pada 2006, ibunya kembali ke agama asal iaitu Roman Catholic (RC). Bryan yang berada dalam darjah 6 ketika itu, berada dalam jagaan ibunya dan dipaksa keluar agama Islam.

Alhamdulillah, kini Bryan kembali ke pangkuan bapanya yang memang beragama Islam bersama ibu barunya (gambar bawah). Kini seorang lagi adiknya belum memeluk Islam dan masih bersama ibu kandung di dalam agama RC.

IMG_4329

IMG_4338

Apa yang saya perhatikan, acapkali juga kehadiran Hj Ayub ke Sabah, ada saja orang yang memeluk Islam.

Allah SWT telah memberikan kelebihan kepada beliau dengan kepetahannya berpidato secara santai tetapi memikat hadirin, sehingga menjadi asbab individu tertarik kepada Islam.

Ustaz Kamarool Azhar, guru di SM St Anthony juga orang kuat PPD, orang belakang tabir bagi menjayakan program sepanjang kami berada di Tenom.

Ustaz Kamarool Azhar, guru di SM St Anthony juga orang kuat PPD, orang belakang tabir bagi menjayakan program sepanjang kami berada di Tenom.

IMG_4348Dalam kesihatannya yang kurang mengizinkan itu, kehadiran kami ke rumah Cikgu Rizal Hadi membuatkan kami melihat beliau seolah-olah lupa terhadap sakitnya itu.

Seperti ketika sihatnya, beliau tetap bersemangat bercerita tentang penglibatannya dalam program kemasyarakatan. Ramai mengakui, apabila Cikgu Rizal terlantar sakit, semua terasa kehilangannya.

Beliau sering memimpin program-program yang bersifat merakyat. Ziarah pesakit di hospital Tenom, mengendalikan janazah, bantuan ke pelusuk perkampungan bukan Islam, mengimarah masjid dan sebagainya.

Apabila kami singgah di rumahnya, dia bercerita lagi. Soal perdebatan dan perbincangannya dengan ramai orang tentang Islam dan Kristian yang juga sangat diminatinya. Dia teruja benar dengan Hj Ayub Abd Rahman yang sudi ke rumahnya.

Sekali lagi, seperti yang pernah saya sarankan kepadanya agar beliau memulakan tulisannya melalui tinta blog. Hendak ke sekolah bertugas semula saya memahami keuzurannya bergerak. Rasanya untuk mengisi ruang masanya dengan berdakwah melalui blog, kami sangat menyokong.

IMG_4346

Setelah singgah pada waktu petang, malam itu kami datang lagi.

Cikgu Rizal menghadiahkan Hj Ayub sebuah buku berbahasa Inggeris bertajuk : The X-Rated Bible, tulisan Ben Edward Akerley. Katanya, Hj Ayub mungkin lebih memerlukan buku itu sebagai bahan dakwah.

Cuma ada sedikit kerisauan apabila beliau gemar berprogram secara sendirian, atau one man show. Jika beliau membaca artikel ini, saya mencadangkan agar beliau menyertai mana-mana jamaah yang ada di Tenom untuk menguatkan dirinya sendiri dalam menjalankan aktiviti dakwah.

Apapun kami mendoakan kesihatan beliau dan kembali ke arena dakwah seperti dahulu.

TETAMU DARI BRUNEI DARUSSALAM

P6210874

Hari ini saya menerima emel berupa gambar-gambar dari keluarga di Labuan.  Keluarga kami menerima tetamu istimewa dari Negara Brunei Darussalam.

Tetamu itu ialah sepupu kami sendiri yang sudah menetap dan berkeluarga di sana.

Hakikatnya jarak Labuan dan Brunei bukanlah jauh sehingga menghalang kami bertemu. Tetapi kehidupan masing-masing yang sudah mempunyai keluarga dan kerjaya sendiri, menyebabkan pertemuan itu terasa sangat manis dan berharga sekali.

Abang Hamzah bin Mohammad merupakan sepupu tertua kami. Allahyarham bapa mereka yang sudah lama kembali kerahmatullah, adalah abang sulung dalam adik  beradik bapa.

Abang Hamzah tiada dalam gambar pertama di atas, kerana menjadi jurugambar. Yang ada di dalam gambar itu ialah keluarga kami bersama isteri dan anak-anaknya.

Isterinya ialah yang duduk 3 dari kanan, sementara 4 orang anaknya yang berdiri 3 lelaki dan seorang perempuan, bermula nombor 2 dari kanan. Besar-besar dan bujang-bujang sudah anak-anak buah ni.

Minat Abang Hamzah kepada seni foto sudah terserlah sejak lama dahulu. Lihatlah aksinya bersama kameranya ini. Saya pernah melihat gambar-gambarnya yang pernah diambilnya dahulu memang cantik.

P6210863

Saya sendiri lebih lama tidak  bertemu mereka. Mungkin pertemuan terakhir lebih 10 tahun lalu. Saya terkenang saat-saat bertemu mereka di Brunei satu masa dulu. Mereka orang baik-baik. Bilalah agaknya mahu ke Brunei lagi…

Pada hari sabtu, Chegu Jamil pula hadir seterusnya menemani Tuan Hj Ayub Abd Rahman untuk mengisi beberapa program Pemantapan Aqidah Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Tenom.

Ceramah beliau sememangnya dinanti-nanti oleh para peserta setelah terdahulu mereka diberitahu kehadiran Hj Ayub yang berpengalaman sebagai bekas paderi besar.

Seperti biasa, Tuan Hj Ayub akan menceritakan pengalaman ketika bertugas sebagai paderi, sejarah berhijrah kepada agama Islam dan seterusnya kewajiban umat Islam menjaga aqidah mereka.

IMG_4226

IMG_4243

IMG_4221

IMG_4217

IMG_4234

IMG_4240

IMG_4249

IMG_4254

IMG_4212

%d bloggers like this: