Archive for 24 Jun 2009


IMG_4417Petang sabtu, singgah sebentar memenuhi undangan Ust Md Sabri Ibrahim, guru di SK Sri Gaya. Beliau sekeluarga mengadakan kenduri kesyukuran sempena kelahiran puteri mereka bernama Nurul Jannah.

Alhamdulillah, alf mabruk buat Ust Sabri sekeluarga atas kelahiran anakanda ketiga mereka. Isteri beliau, Ustazah Norsheela selamat bersalin pada 11 Jun lalu.

Ketika hadir baru ini, turut bersama ialah Ust Hj Nor Azamuddin beserta keluarganya yang turut mendapat cahayamata lelaki 2 bulan lalu. Jadi untuk jimat kos ziarah, dipaparkan gandingan Nurul Jannah dan Muhammad al-Fatih.

Muhammad al-Fatih pula lahir pada 20 April dengan berat 4.2kg. Semoga Muhammad al-Fatih menjadi pejuang dan pemimpin yang hebat seperti Sultan Muhammad al-Fatih juga.

IMG_4376Pada sabtu lalu, hampir 150 orang hadir dalam program pengajian Hadith 40 di Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral di bawah kendalian Ust Zainul Asri Ramli dari Kedah.

Menurut urusetia program Sdr Ahmad Tariq Abdul Muttalib  menjelaskan, pihaknya telah mensasarkan seramai 70 orang untuk siri pertama ini. Namun, dengan kempen dan promosi pelbagai pihak, mereka mendapat respon luar jangka dan mengejutkan urusetia.

Pihak urusetia bagaimanapun bersyukur diatas sambutan yang baik dan berharap kesedaran dan sambutan yang sama akan diterima dalam mana-mana program bercorak keilmuan dan keagamaan oleh segenap masyarakat Islam, di dalam zaman yang mencabar ini.

Apa yang paling menggembirakan ialah kehadiran ramai belia dan beliawanis serta pelajar sekolah menengah termasuk yang bukan berlatar belakangkan agama.

“Kehadiran dan kesanggupan mereka duduk sehingga petang dalam majlis ilmu sebegini menunjukkan masa depan yang baik untuk Islam di Sabah”, katanya mengulas program berkenaan.

Program hari itu berakhir pada jam 4.30 petang.

IMG_4382

Sebenarnya, itu bukan satu-satunya program yang disusun untuk ulama’ muda ini. Sejak beliau hadir pada petang jumaat, sehinggalah berangkat pulang pada selasa, lebih 10 program ceramah, kuliah, pembentangan kertas kerja, ziarah dan sebagainya disusun.

Programnya pula bukan sekadar di Surau Austral sahaja, tetapi sehingga ke Papar dan Kota Belud.

IMG_4388Alhamdulillah, di mana-mana program, beliau mendapat sambutan yang memberangsangkan. Dengan izin Allah, beliau akan hadir lagi pada masa akan datang dan mengisi program-program lain pula.

Tahniah untuk urusetia dan semua penganjur di setiap lokasi, terima kasih tidak terhingga buat Ustaz Zainul Asri.

IMG_4390

IMG_4393

IMG_4406

%d bloggers like this: