Archive for 20 Jun 2009


SOLAT JUMAAT DI HOTEL

IMG_4116Bagi yang belum tahu, Hotel De Palma Ampang setakat ini adalah satu-satunya hotel di negara ini yang mendirikan solat fardhu Jumaat.

Sejak 9 bulan lalu, iaitu mulai 10 Oktober 2008, Jabatan Agama Islam Selangor telah memberi kebenaran kepada hotel berkenaan mengadakan mendirikan solat fardhu Jumaat.

Dengan kapasiti lebih 500 jamaah dan ruang sebelah luar yang begitu terbuka untuk mendirikan solat Jumaat, kebenaran itu telah memudahkan ramai orang terutama pekerja, penginap hotel berkenaan dan masyarakat sekitar.

IMG_4119Sebelum berangkat balik rabu lepas, saya sempat ke surau berkenaan dan mendapati Surau Nurul Hikmah kini mempunyai 4 orang imam bertugas dan bertauliah.

Lebih menarik, pihak hotel telah mengadakan tazkirah mingguan di surau berkenaan kepada pekerja dan penginap hotel berkenaan pada setiap zuhur rabu. Saya meyakini, jika hotel-hotel di negara ini membuat aktiviti seumpama ini, sedikit sebanyak ia akan merubah pandangan negatif masyarakat awam tentang hotel.

Untuk panduan, Hotel De Palma Ampang terletak bersebelahan dengan Ampang Point. Surau berkenaan terletak di tingkat 3, bersebelahan dengan kolam renang.

IMG_4086Sepanjang seminar, 7 kertas kerja dibentangkan oleh pakar-pakar berkaitan.

Kertas 1 : ”Ijtihad Sebagai Manhaj Istinbat Hukum Dalam Pengeluaran Fatwa”  oleh Prof. Madya Datin Dr. Hajjah Paizah bt. Hj. Ismail, Pensyarah Kuliyyah Undang- Undang, UIAM merangkap Ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ahli Panel Kajian Syariah, Jakim. 

Kertas 2 : ”Metodologi Penyelidikan Ilmiah”  oleh Prof. Madya Ahmad Sunawari b. Long, Pensyarah, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM.

Kertas 3 : “Etika Pegawai Penyelidik”, oleh Prof. Dr. Jawiah bt. Dakir, Timbalan Pengarah, Institut Islam Hadhari, UKM merangkap ahli Panel Kajian Syariah, Jakim.

Kertas 4 : “Kaedah Penulisan Kertas Kajian Hukum Berkesan” oleh Dr. Zulkifli b. Mohamad al- Bakri Pensyarah, Jabatan Syariah dan Undang- Undang, USIM merangkap ahli Panel Kajian Aqidah, Jakim.

Kertas 5 : “Kaedah Penyelidikan Lapangan Berkesan” oleh Prof. Madya Muhd. Kamil b. Abdul Majid, Pensyarah, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, UM.

Kertas 6 : “Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa Negara Brunei : Satu Pengalaman” oleh Tuan Haji Japar b. Haji Mat Dain @ Maidin, Ketua Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Kertas 7 : “Kedudukan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Serta Proses Pembuatan Dan Pewartaan Fatwa di Malaysia” oleh Tuan Haji Razali bin Haji Shahabudin, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jakim.

Daripada segi kepentingan kerjaya kini, sudah tentu perkara yang berkait penyelidikan menjadi tumpuan utama, khususnya kerta 2, 3 dan 5.

Tetapi penyampaian yang paling menarik perhatian peribadi saya sendiri, sudah tentu pembentangan Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri. Kepetahan beliau mengungkap lancar dalil dan nas al-Quran, hadith dan syair, menyebut nama-nama kitab dan penulisnya secara spontan sudah tentu mengkagumkan pendengarnya.

Alhamdulillah, kita tidak ketandusan ulama yang berbakat walaupun beliau baru berumur 40 tahun. Khabarnya, akhir bulan ini beliau akan menamatkan khidmatnya di USIM dan akan bergerak sebagai penulis dan pendakwah sepenuh masa.

Apa pun pilihan beliau, semoga Allah SWT memberinya kekuatan untuk menyampaikan Islam di mana sahaja.

%d bloggers like this: